Saturday, February 27, 2010

Lipat beg plastik...

Assalamualaikum...

Kali ni koi nok tunjuk cara lipat beg plastik supaya mudoh kita nok bawok travel. Tak perlu lagi renyok2 letak dalam beg. Bila lipat, jimat ruang.

mula2 lipat dua beg plastik

pastu lipat lagi jadi panjang gitu

pastu lipat start dari bawah jadi 3 segi

siap dah... boleh selit dalam poket beg. Kalau besor 3 segi ni, besor lah size beg plastik tu.

Tuesday, February 23, 2010

Aircond rosak...

Assalamualaikum... Semalam team mekanikal dan electrikal yg diketuai en. Mubin datang berkampung kat bilik koi sbb aircond rosak... tak sejuk.

Rupa2nya aircond tersumbat dek air. Sistem penyejuk aircond kat sini guna air, bukannya gas. Jenuh la tadoh air guna bakul sampah (nampak dlm gambar). Koi lapik karpet ngan suratkabo lama.

Sekarang, bilik koi dah sejuk. Menggigil la duk dlm ni.

Thursday, February 18, 2010

Teh...

Assalamualaikum...

Antara teh yang dibeli di cameron highlands. borong sakan kat Bharat n Boh

Wednesday, February 17, 2010

Masih cerita Cameron Highland...

Assalamualaikum...

Minggu lepas (13 - 15/2/2010) pergi ke Cameron Highland (Family trips). Stay 3H2M disana. Ni ada beberapa gambar keadaan disana.

pelbagai bunga
sayur

bunga matahari sebesar muka Nakeeb

buah strawbery untuk makan dan dibuat jem

bunga raya sebesar pinggan

ladang strawberi. Boleh petik sendiri (kena bayar)

Kesejukan di anjung tinjau Boh plantation sambil minum teh tarik

sayur dan buah yang dijual

di Bharat tea plantation

Sunday, February 14, 2010

Thursday, February 11, 2010

Cis!...

Assalamualaikum...

Sedang enak menjamu selera sambil membaca paper pagi tadi, tiba2 terasa panas je kat betis. Tengok kat bawah, nampak sekor kucing jantan sedang tertonggek sambil ekornya bergetar menghala buntutnya ke betis koi. Sisa2 cairan panas masih memancut dari anu kucing ni ke seluar koi dan menembusi ke betis koi. Cis!!!

Nak balik umah tukar seluar, jauh la pulak. Lap2 la juga ngan air tapi hancingnya usah cerita la, masih kuat lagi. Nampaknya terpaksa la menagih simpati ngan suki untuk tumpang basuh seluar ni kat umah dia. Pastu gosok ngan streka kasi kering.

Tengok lah kelas kul 2 kang dan ke tak nak masuk. Kalo sluar dah kering, dan lah masuk.

Monday, February 1, 2010

Melawat tanah kat Tenggoh...

Assalamualaikum... Balik Pangsenam baru ni sempat melawat tanah yang baru beli kat Tenggoh. Area atas bukit. Kalo gambo atas ni yang nampak kelompok pokok langsat 5 batang tu la kawasannya.
Ni antara tuan khemah yang melawat kawasan
Budok ni pun nak ngikut sekali... kononnya orang kampung la hehehe...

Thursday, January 28, 2010

Jawab tag lagi...

Assalamualaikum...

Kena tag dari blog jankaulu. Kena lah jawab. Kalo tak nanti org kabo tak sporting. Hehehe...

1. Where is your cell phones?

Ada kat sebelah ni atas sofa. Phones baru...

2. Relationships?

Ada...

3. Your hair?

Selalu pendek sikat ke belakang je...

4. Works?

Ya. Hari2 berulang ke Muadzam kecuali sabtu and ahad.

5. Your sisters?

Ada 2 orang. Sorang kat Kontan, sorang kat Kolumpo.

6. Your favorite thing?

Buku2 and majalah terutama Gila2 yang telah dijilid

7. Your dream last night?

Takde...

8. Your favorite drinks?

Milo suam... dulu Neskepi tapi dah kena gastrik tak minum dah...

9. Your dream car?

Hehehe... Rahsia

10. Your shoes?

Sepasang je. Guna sampai dah tak boleh pakai baru beli baru. Sekarang pakai kasut Bonia.

11. Your fears?

Mati tak sempat mengucap.

12. What do you want to be 10 years?

Bersedia untuk masuk ke alam warga emas dengan tenang.

13. Who did you hang out with last weekend?

Duk umah berehat.

14. What are you not good at?

Menyanyi

15. One of your wish list item?

Pergi haji

16. Where you grew up?

Sekolah membalak Kg. Belimbing, Gambang dan Lentang.

17. Last thing you did?

Tengok tv citer The Negotiator

18. What are you wearing?

Baju n seluar tido

19. What aren't you wearing?

Stokin

20. Your pet?

Kucing kat kampung.

21. Your computer?

Kat umah ada 1 pc n 1 notebook. Kat opis 1 pc opis punya.

22. Your life?

Sebagai rakyat biasa

23. Missing?

...

24. What are you thinking about right now?

Tag ni byk sangat soalannya. Buatlah 10 soalan je...

25. Your car?

Kereta biasa je, Iswara.

26. Your kitchen?

Baru lepas mop lantainya.

27. Your favorite colour?

Merah

28. Last time you laughed?

Baru je tadi tengok Carlitto buat lawak dalam program WWE RAW.

29. Last time you cried?

Takyah tau la, nanti riak pulok.

30. Love?

The power of love - Celine Dion.

31. So who want to share their ones? How about?

Madier (jupemungdenung) dan Noni (eeewwwooo)

TQ

Wednesday, January 27, 2010

Handphone lama...

Assalamualaikum...

Setelah 6 tahun lebih bersama handphone Nokia ni, at last terpaksa berpisah jua dengannya. Handphone ni jadi mereng sebab basah kena air masa pasang paip di umah baru suki.

Gambar kenangan diatas diambil menggunakan handphone baru yang menggantikannya untuk bersama koi pulok selama boleh. Muroh je handphone baru ni. Model 3G yang paling muroh dipasaran. Mahal lagi handphone lama dari handphone baru ni. Pasni boleh la koi bergaya cam org lain ambik gambo guna handphone hehehe...

Tuesday, January 26, 2010

Barang2 basah...

Assalamualaikum...

Ni la gambor brg2 dalam kocek yang basah dek kerana memasang paip kat umah sukiman dulu. Handphone, duit, wallet, jam dan stem giant seme basah. Terpaksalah jemur.

Nasib baik semua boleh pakai semula. Cuma handphone je jadi mereng sedikit. Kena beli handphone baru nampaknya. Heheheh... Surprise!