KENANGAN haji 2018/1439H
Masa ni 5 Zulhijah 1439H (16 Ogos 2018/Khamis) sebelum subuh dah bertolak ke KLIA. Berhenti sembahyang subuh di masjid Tabung Haji KLIA. Kat rumah pakai siap2 izar (kain ihram bawah). Rida' (kain ihram atas) pakai nanti kat airport.
Kat airport tak ramai jemaah sebab penerbangan last tabung haji adalah pada 3 zulhijah. Waktu ni baru berjumpa dengan rakan2 jemaah yang lain yang sama penerbangan.
Penerbangan dari KLIA ke Jeddah memakan masa dalam 8jam. Masa sampai di Miqat, pilot telah membuat pengumuman untuk jemaah memasang niat. Saya buat haji ifrad, so saya niat haji. Bagi jemaah yang buat haji tamatuk, mereka akan niat umrah. Selepas lalu Miqat, satu kapal terbang bertalbiah diketuai oleh pilot/krew.
Bila mendarat di Jeddah, perasaan dah bercampur baur. Takut pun ada... Maklumlah banyak dosa 😅. Urusan imigresen dan ambil luggage sekejap je sebab jemaah dari negara lain pun dah tak ramai. Kami di kumpulkan di satu kawasan khusus untuk menunggu bas yang akan bawa kami ke penginapan di Aziziyah. Kat sini tunggu lama sikit.
No comments:
Post a Comment