Friday, August 21, 2020

KENANGAN haji 2018/1439H Siri 4


 KENANGAN haji 2018/1439h

8 Zulhijah (hari ke 4 musafir haji). Berada di Mina.

Sebelum subuh dah bangun dan pergi ke tandas. Ramai juga yang beratur tapi ok la tak panjang sangat. Cuma tandas wanita je beratur panjang.

Tandas
 

Hari ni sepanjang hari berada di Mina. Habiskan masa berada dalam khemah atau bersiar2 sekitar Mina.

 


Ada juga program ceramah dari pembimbing berkaitan kerja2 haji yang akan dibuat selepas ini. Perkara yang dititik beratkan ialah untuk ambil peluang masa wujuf esok hari untuk berdoa, merintih, menangis, mengadu, meginsafi diri dll.

 

Ceramah dan solat di Mina ni dibuat didalam khemah je. Bila tiba waktu solat, automatik khemah bertukar jadi surau. Tilam2 dan beg2 disusun ketepi.

 

Ceramah

Makanan pula mewah. Ada buah, jus, meggi, air dll. Makanan juga boleh dibeli di gerai bahagian luar. Air panas boleh di ambil di cookhouse. Disitu ada disediakan paip2 air panas.

 

Saya ambil kesempatan untuk bersiar2 sekitar Mina. Ambil udara pagi dan petang. Tengahari duduk dalam khemah sebab cuaca amat panas.

 

Teringat pula waktu nak solat maghrib tiba2 hujan ribut turun. Bergegar2 khemah mcm nak tercabut.

Secara keseluruhan, tandas disini tak perlu beratur panjang. Ada masa kosong. Adat la kalau beratur tu ada 2 3 orang didepan kita.

 

dapat batu untuk melontor

Ok sekian. Esok sambung kenangan wukuf pulak.

Thursday, August 20, 2020

KENANGAN haji 2018/1439H Siri 3

 

KENANGAN haji 2018/1439H

7 Zulhijah (Hari ketiga musafir haji). Balik dari Mekah semalam terus berehat dibilik. Buat pentadbiran.

 

Ada juga taklimat dibuat berkaitan pergerakan dan aturcara sehingga hari wukuf. Pembimbing juga membuat collection bagi sesiapa yang mahu membuat korban... SR550/kambeng.

 

Saya ambil peluang untuk meninjau sekitar Aziziyah sambil mencari barang keperluan dan bekalan untuk dibawa ke Mina dan Arafah. Masa ni juga cuba mencari simkad Saudi.

Cuaca panas membahang. Mandi tak perlu water heater sebab air paip pun dah panas.

 

Pada malam nak masuk 8 Zulhijah, kami bergerak ke Mina untuk bermalam (hari tarwiyah). Pada masa ini, jemaah haji tamatuk akan berihram dan memasang niat haji. Jadi, pada masa ini semua jemaah telah mempunyai mood yang sama iaitu sama2 telah dalam ihram dan berniat haji. 

Kiranya di Mina ni kami akan tidur 2 malam iaitu malam waktu sampai (pagi... dah masuk 8 zulhijah) dan malam 8 zulhijah sebelum bertolak ke Arafah pada 9 zulhijah.

Sebelum naik bas ke Mina, kami dihidangkan dengan nasik arab... 

 

Sampai di Mina, kami terus dibawa ke khemah. Kami mengambil kedudukan masing2 dan tidur. Setiap orang mempunyai tilam (dalam ramai2 tu, saya sorang je tak dapat tilam... 😅) dan ada ruang cukup2 je untuk baring.

 

Wednesday, August 19, 2020

KENANGAN HAJI 2018/1439H Siri 2

KENANGAN haji 2018/1439H

6 Zulhijah (Hari kedua musafir haji). Kami sampai di penginapan di Aziziyah dah tengah malam. Perjalanan dari airport Jeddah ke Aziziyah memakan masa lebih dari sejam.

Sampai di penginapan kami diberi kunci bilik dan makan malam. Kami juga disaran membuat persiapan untuk ke Masjidil Haram bagi melaksanakan tawaf dan saie.


Hotel di Aziziyah


Dari Aziziyah ke Masjidil haram perjalanannya sekitar 10 minit. Kami menaiki coaster/bas mini. Sampai di masjid sudah hampir waktu subuh dan kami naik ke kawasan bumbung masjid untuk menunggu solat subuh dan akan tawaf apabila selesai solat subuh. Jemaah memang dah ramai. Atas bumbung pun penuh.



Selesai solat subuh, kami turun ke dataran bagi melaksanakan tawaf. Saya membuat tawaf Qudum sebab buat haji ifrad. Masa ni ramai jemaah sedang tawaf...padat. Saya hanya mengikut kelajuan arus manusia yang mengelilingi kaabah.

Selesai tawaf, saya solat sunat dan berdoa. Kemudian menuju ke tempat berkumpul seperti yang telah dijanjikan tadi bersama jemaah yang lain.

Kemudian kami menuju ke bukit safa untuk melaksanakan saie. Saya terus membuat saie haji (rukun) hingga selesai dan menunggu jemaah lain di bukit Marwah. Disini, jemaah yang buat haji tamatuk akan bertahlul dan selesailah umrah mereka. Saya yang buat haji ifrad kekal dalam ihram dan tidak bertahlul.



Setelah semua selesai, kami semua balik semula ke Aziziyah.

Wednesday, August 5, 2020

KENANGAN HAJI 2018/1439H Siri 1

KENANGAN haji 2018/1439H


Masa ni 5 Zulhijah 1439H (16 Ogos 2018/Khamis) sebelum subuh dah bertolak ke KLIA. Berhenti sembahyang subuh di masjid Tabung Haji KLIA. Kat rumah pakai siap2 izar (kain ihram bawah). Rida' (kain ihram atas) pakai nanti kat airport.



Kat airport tak ramai jemaah sebab penerbangan last tabung haji adalah pada 3 zulhijah. Waktu ni baru berjumpa dengan rakan2 jemaah yang lain yang sama penerbangan.



Penerbangan dari KLIA ke Jeddah memakan masa dalam 8jam. Masa sampai di Miqat, pilot telah membuat pengumuman untuk jemaah memasang niat. Saya buat haji ifrad, so saya niat haji. Bagi jemaah yang buat haji tamatuk, mereka akan niat umrah. Selepas lalu Miqat, satu kapal terbang bertalbiah diketuai oleh pilot/krew.



Bila mendarat di Jeddah, perasaan dah bercampur baur. Takut pun ada... Maklumlah banyak dosa ðŸ˜…. Urusan imigresen dan ambil luggage sekejap je sebab jemaah dari negara lain pun dah tak ramai. Kami di kumpulkan di satu kawasan khusus untuk menunggu bas yang akan bawa kami ke penginapan di Aziziyah. Kat sini tunggu lama sikit.



#haji1439h #krstravel

Tuesday, June 16, 2020

Ops Penawar...

Pada 2 April 2020 aku telah melapor diri ke Kem untuk bertugas Ops Penawar di daerah Pekan

Bertugas sebagai DO