Pada hari Isnin, kami akan membuat umrah ketiga. Pada pagi selepas sarapan, kami berkumpul di depan hotel untuk ke miqat.
Kami bersefi bersama mutawif Ustaz Haji Azman semasa menunggu bas. Kali ini miqat kami ialah di Hudaibiyah. Kami akan berniat ihram disana.
Selepas berihram dan berniat ihram, kami ziarah sebentar di Muzium. Disini ada artifak dan gambar2 berkaitan Mekah, Kaabah dan Masjidilharam. Disini kami diberi senaskah AlQuran setiap seorang.
Saya bergambar berlatar belakangkan bukit Safa.
Umrah kali ini saya bertahlul dengan membotakkan kepala.
No comments:
Post a Comment