Pagi sabtu saya bersembahyang subuh di dataran tawaf. Aktiviti hari ini ialah ziarah luar dan buat umrah kedua.
 |
Pagi ni saya mengenakan jubbah dan kopiah yang dibeli oleh ayah saya semasa haji. |
Lawatan pertama hari ini ialah ke kawasan jabal tsur.
 |
Ini kawasan jabal tsur dimana ada gua disini tempat Nabi singgah bermalam semasa hijrah dari Mekah ke Madinah. |
Kemudian kami terus ke Jabal Rahmah. Disana dikatakan lokasi pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa selepas diturunkan dari syurga oleh Allah.
 |
Jabal Rahmah |
Kemudian kami terus ke Masjid di Jahranah untuk memakai ihram dan berniat umrah.
 |
Masa sie |
 |
Selepas habis saie, kami berehat di bukit Marwah |
 |
Kemudian saya singgah di barber shop untuk bertahlul. Kali ni saya potong rambut guna mesin no 2. Sepuluh Riyal sahaja... |
No comments:
Post a Comment