Kami selamat mendarat di Jeddah pada pagi waktu tempatan. Selepas mendarat, kami naik bas untuk ke balai ketibaan.
 |
Dalam bas... masih ada rasa kelat mengantuk |
Selepas urusan imegresen (4 jam), kami menuju ke bas yang sedang menunggu. Selepas meletak barang, kami diberi nasi untuk mengalas perut. Waktu itu sudah hamper zohor.
 |
Kami makan dan duduk bersila atas parking lot airport sahaja... |
Selepas makan, kami naik bas untuk ke Mekah. Perjalanannya kira2 3 jam.
 |
Ini hotel kami di Mekah... Hotel Mira Ajyad. Password wifi mira1234. Jarak ke masjid lebih kurang 300m. |
Selepas meletakkan barang dan berehat, kami menuju ke masjidil haram untuk menunaikan umrah pertama. Sedang molek lepas habis tawaf, azan maghrib berkumandang. So saya n wife semayang maghrib dulu sebelum pergi buat saie.
Pada masa ni saya dah terpisah dengan kakak dan adik saya.
 |
Berehat sebentar semasa saie... sambil menunggu isya |
Kami berjumpa semula semasa berjalan menuju keluar dari Masjid
 |
selesai umrah |