Wednesday, July 3, 2013

Tarikh Melihat Anak Bulan...

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

•Pontian Kecil, Johor;

•Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

•Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

•Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

•Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

•Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

•Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

•Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

•Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

•Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

•Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

•Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

•Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

•Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

•Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

•Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

•Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

•Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

•Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

•Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

•Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

•Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

•Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

•Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

•Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

•Menara Kuala Lumpur;

•Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

•Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

- Bernama

No comments: