Wednesday, September 12, 2012

Masalah kegemukan...

Memang masyarakat kita suka makan tak kira tempat. Sehari mungkin sampai 8 kali makan. Makan pagi, makan pukul 10, makan tengahari, makan petang, makan malam n makan tengahmalam. Itu makan waktu biasa. Belum lagi makan makanan sampingan. Makan karipap sambil memandu, makan kerepek sambil berinternet, makan kuaci sambil tengok tv, makan roti sambil marking paper, makan keropok sambil berborak, makan cekelat sambil miting, makan nasik lemak zaman selepas miting, makan dirumah terbuka sana sini dll.

Bila makan banyak, kita perlukan exercise untuk membakar kembali lemak2 tepu yang terkumpul. Kalau tak, maka kita akan termasuk dalam kategori gemuk dan paling bahaya ialah gemuk gedempol.

Mungkin masyarakat Malaysia ni mewah kot. Tak macam orang dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

No comments: