Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Shahputra...

Koi nak ucapkan tahniah pada kolej shahputra sebab dapat pelawaan untuk menjadi Kolej Universiti Shahputra. Koi rasa amat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dari kolej shahputra.

Teringat 10 tahun dahulu bila koi mula kije di sini. Waktu tu koi melapor diri di kolej shahputra di Pekan. Tak sangka, sekarang shahputra telah berkembang dengan pesat sekali. Mula2 dulu gaji koi disana hanya RM1000 lebih je sebulan.

Hampir 9 tahun juga koi mengajar di shahputra ni.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang shahputra, boleh lawat ke website dia. Takpun, kalau ada masa ujung minggu ni, boleh la gi karnival pendidikan shahputra di ECM kuantan.

Rasa dihati nok juga kesana tapi tak dapat sebab koi ada program kat langkawi.

Apa pun, syabas di ucapkan kepada warga Shahputra dan selamat maju jaya.

1 comment:

Jejaka Desa said...

Naik taraf dah ter yek....