Monday, August 16, 2010

Juadah berbuka...

Dah 6 hari berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih belum berlaku pembaziran dan belum sakit perut. Kalau ikut pengalaman, tiap2 tahun mesti sakit perut sebab makan lauk beli di bazar ramadan.

Selalunya koi berbuka dengan sejenis lauk je. Kuih pulok kadang2 buat sendiri. Tadi buat cempedok goreng dan temosa. Lauk beli ikan patin kat kedai Muadzam. Air pulok Teh O je.

gambar hiasan

Teringat masa pose dulu2. Selalu ngat membazir. Dengan air tebunya, kuih-muihnya, murtabaknya... semua sebab rambang mata.

Tahun lepas koi guna konsep gilir2. Hari ni beli kuih popia je. Esok beli karipap. Lusa beli agar2. Begitulah seterusnya sampailah ramadan habis.

Tahun ni tak sempat sangat lagi meround pasar ramadan. Tengoklah ujung2 minggu ni. Rasanya kat Kontan ni ada pasar ramadan baru sebeloh giant.

Apa pun koi rasa belum terlambat lagi koi nok ucapkan salam ramadan kepada para pengunjung.




No comments: