Wednesday, June 30, 2010

Dah setahun disini...

Hari ni rupanya dah setahun koi ngajor disini. Secara keseluruhan pulok, hampir 10 tahun koi bergelumang dengan dunia mengajor ni.

Masa shahputra kat Pekan dulu koi ngajor bebudak matrikulasi KPM, Unitar, UiTM dan Pra diploma. Ada student koi yang dah berkerjaya dan beranak-pinak dah sekarang. Yang dah meninggal dunia pun ada (semoga arwah tenang disana).

Kemudian shahputra berhijrah ke Kuantan. Masa ni koi ngajor bebudak UiTM je. Ada la juga koi wat partime ngajo student PJJ UPM dan di UMP. Wat partime ni lumayan jugak la hehehe...

Kemudian pada tahun lepas, koi berhijrah pulok ke sini (UNITEN). Alhamdulillah, setakat ni seronok disini.

Koi jarang ngat bercerita tentang kerjaya koi dalam blog ni. Malah jarang sekali memaparkan gambo dalam kelas koi.

Sempena setahun koi disini, koi paparkan secara ekslusif (kononnya) gambo student koi buat presentation. Dulu handphone takde kamera. Sekarang koi dah ada telefon berkamera so, boleh ambik gambo student wat presentation. Ambik gambo ni saje je psiko ke student. Bagi dia gabra.

ni style nyorok belakang group member

ni style berkelompok cover gabra

ni style konfiden

yang ni baguih. Siap wat kelakar lagi. Tapi nampak tak sorang group member yang nyorok belakang notebook tu? Kononnya jadi tukang klik mouse (kije yg paling koi suka masa group presentation masa wat MBA dulu) hehehe...

Koi berharap semua bekas student koi beroleh manfaat dari apa yang diajar oleh koi walaupun sedikit sahaja manfaat yang dia telah dapat.


Friday, June 25, 2010

Dokong tahun lepas...

Ni gambo dokong pada tahun lepas kat kebun di kampung. Saje je tunjuk kat sini. Yang tahun ni punya lebat juga tapi belum masak lagi. Baru besar guli je dan masih kaler hijau kehitaman.

Kalau tengok pada gaya, kali ni lebih lebat lagi dan ada pokok yang baru mula nak belajar berbuah. InsyaAllah kalau ada rezeki, merasa la kita makan dokong lagi tahun ni. Nak beli? bolehhh...


Wednesday, June 23, 2010

Program anok angkat kat Pangsenam...

Ni anok angkat parent koi. Sorang dari Iraq dan sorang lagi anok tempatan. bowok jalan2 kat pekan sari temerloh.

Thursday, June 17, 2010

Ada eksiden kat Muadzam...

Pagi tadi bertolok cam biasa gi kije kat Muadzam kul 630 pagi. Bawak ikut kelajuan biasa 100km/j - 110km/j. Jalan lengang je sebab masih pagi dan kena pulak dengan musim cuti sekoloh.

Lepas area jambatan runtuh, lebih kurang lagi 15km nok sampai Muadzam tiba2 tengok ada deretan kete berhenti.

Rupa2nya ada eksiden kat depan selekoh te. Eksiden antara lori balok kosong menghala ke Kuantan dengan Naza Ria menghala ke Muadzam. Kedua2 kenderaan merentasi jalanraya. Dua2 lorong takleh lalu.

Masa koi sampai bomba tengah kuarkan mangsa. Ambulan pun ada lagi. Menurut Kak Inaliah (kete avanza dlm gambo atas tu kete kak Inaliah) yang sampai awal sikit dari koi, eksiden ni berlaku dalam kul 640 pagi.

Menurut saksi (drebar lori yang hendak dipotong oleh lori balak ni, koi berborok ngan dia masa nunggu jalan clear), lori balak kosong ni nak potong lori muatan keluli di doble line kat selekoh tapi tak lepas. Lalu dirempuh oleh Naza Ria dari arah Kuantan dinaiki 8 sekeluarga.

5 orang mangsa dari Naza Ria ni terbunuh. Semua berbangsa Cina.

Tu nampak sayup kete koi depan lori. koi jalan kaki nok tengok eksiden. Menurut bomba, dalam kul 10 baru trafik boleh bergerak. Koi apalagi, dalam kul 830 koi buat 'U turn' balik ke Kuantan. Kira EL la hari ni.

Berhati2 memandu di jalanraya. Ikut peraturan.

Saturday, June 12, 2010

Pandu uji toyota prius...

Semalam koi gi servis kete. dah 11,000km. Kene RM200 lebih. Kali ni koi bukan nok citer pasal servis kete tapi koi nok cite pasal koi pandu uji kete toyota Prius hibrid.

Ni lah kete yang koi pandu (senget sikit koi parking). Sebenornya, sedang koi duk nunggu kete di servis, datang salesman yg jual kete ke koi dulu. Duk borok2 tiba2 dia kabo "Moh Nan, kawan bagi awok bawok Prius".

Koi pu setuju je lah. Sambil2 boring nunggu kete kene servis, dapat jugek rasa bawok kete canggih ni (canggih dimata koi la).

Ni kokpitnya. Salesman kabo enjin ni dijana dengan petrol mula2 pastu ditransfer ke bateri. So, kalo isi minyok RM50, dapat pergi dalam 1400km. Bacaan tu ada ditunjuk kat meter kete ni.

Kete ni start takyoh pakai kunci. Tekan punat macam kita nak on notebook je. Nampok kat beloh kiri bawoh stereng tu. Meter dia kat tengoh2 macam vios.

ni konsol gear. Macam2 butang ada, koi tak tau apa pun fungsinya.

nampok tak cahaya biru kat cermin tu? kat cermin depan kete ni memang kita boleh tengok meter kelajuan kete. Tu masa berhenti so '0' la. Ia tak ganggu pemanduan kita.

Salesman tu suh koi memecut kat bypass. Bapok bestnya. Tak dengor lalu bunyi enjin. Tapi kelemahan kete ni bagi koi ialah koi rasa sempit sikit bila duduk sebab kawasan konsol gear tu tinggi sangat. Paras siku. Pastu ada ruang kosong plak kat bawah konsol gear tu.

Apa pun memang best bawok kete ni. Jimat minyok. Harganya lebih kurang RM165k kot.