Thursday, April 15, 2010

Saman...

Tadi singgah jap balai polis traffik kuantan nak bayar saman. Saman ni kene masa ontheway balik dari ganu dulu, kat kemaman.

Mulanya singgoh kat geliga beli kopok. Ala balik lalu la kat esso berhentilah kat trafik lite sbb lampunya merah. Bila abis je kete lalu, koi pun menyusur ke kiri masuk jalan besor. Baru je masuk gear dua, potong la waja polis. Dia hon sekali suh berhenti.

"Kesalahan encik adalah melanggar lampu merah kat simpang" kata polis tu bila koi bukak cermin.

"Eh!, bukan ke kat situ boleh belok ke kiri jika tiada kenderaan" kata koi membela diri.

"Kat situ tak boleh cik" balas polis tu sambil mintak lesen n ic.

Koi senyap je lah. Dah memang saloh... nok wat gone. Keknye simpang tu memang keliru. Koi pun bukannye main redah je masuk. Koi ingat memang boleh belok kiri jika tiada kenderaan.

Tanya kawan2 seme cakap memang takde kompromi punya. Mesti RM300.

Kat balai tadi masa nok membayor, koi redi lah RM300. Malaslah nak rayu2. Koi bagilah resit saman tu ke abg polis kat kaunter.

"Langgar lampu merah ni nan, maksimum ni" kata abg polis tu. Koi senyap je. Dia pun print resit.

"RM200 nan" kata dia sambil ulur resit. Koi pun bagi jelah 4 keping not RM50 (fuh! lega, RM200 je, ingatkan RM300... boleh tinted kete sok!)

4 comments:

sukiman said...

bila nak menjalar kereta tu ke Paris?

Mc Zue said...

ya betul..

Eja said...

kete baru kena tinted cntk2..

mama eta said...

sabo jerla....bayar jgn tak bayar..kang susah plak!!!