Friday, August 31, 2012

Obesiti...


Tinggi saya = 1.67 m
Berat saya = 64kg

BMI = 64/ (1.67 x 1.67)
        = 64/ 2.7889
        = 22.95 ------> Normal weight


Wednesday, August 29, 2012

Tengok Bolo...

Bersama Dollah Salleh. 

Dah lama tak ke stadium darulmakmur untuk tengok bolo. Tiba2 member kat UUM dulu ada call ajok gi tengok bolo Pahang lawan Sarawak. Apa lagi, setuju je lah.
Berbaloi!!! Keputusan akhirnya ialah Pahang 6 - 0 Sarawak. Harap2 tahun ni Pahang menang Piala Malaysia. Boleh lah berarok ke Bukit Jalil. Lama dah tak merasa situasi nih...

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan nan lalu diterima olehNya.

Tuesday, August 14, 2012

Thursday, August 9, 2012

Latihan parachut di Muadzam...

 Seminggu sebelum puasa diadakan satu latihan parachut oleh askar di padang muadzam. Ada beberapa sesi penerjunan. Sekali terjun ada la 3 - 4 anggota.
 Mereka melayang2 untuk mendarat ditempat yang ditetapkan
ada yellow smoke sebagai penanda

Monday, August 6, 2012

Janji ditepati...

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Malaslah nak komen lirik lagu ni...

Tuesday, July 31, 2012

Banyaknya buku...

Gambar diatas menunjukkan bilik (pejabat/dirumah) Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Kalau tengok gaya pemakaiannya, rasanya dirumah beliau.

Cuba tengok buku2nya. Bersusun2. Ada ruang untuk lalu sahaja. Harap2nya ramai rakyat Malaysia yang mencontohi beliau iaitu suka membaca sebagai santapan minda.

Monday, July 30, 2012

Tiada kreativiti selepas 55 tahun...?

Ini merupakan logo sambutan hari kemerdekaan Malaysia pada kali ini. Dengar cerita logo ini teruk dikritik oleh orang ramai termasuklah Presiden Persatuan Rekagrafik Malaysia, Zachary Ong. Katanya logo ini menonjolkan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional.

Selepas dikritik hebat, logo ni telah diganti ke logo 1Malaysia untuk sambutan kemerdekaan kali ini.

Lagi satu, apa kaitan slogan 'Janji ditepati' dengan hari kemerdekaan? Hmmm...

Thursday, July 26, 2012

Parking tarawih...

Masa sembahyang sunat tarawih selalunya akan berlaku masalah parking berlapik2. Ada kenderaan yang kene block dek kenderaan lain. Yang sembahyang 8 rokaat akan bermasalah jika kenderaannya diblock dek kenderaan individu yang sembahyang 20 rokaat.

Haa..., ni beberapa alternatif yang dibuat oleh beberapa masjid untuk selesaikan masalah ni hehehe...

Bonus raya 2012...

Wah! Penjawat awam dan pesara kerajaan sudah boleh planning untuk berbelanja raya pada tahun ni, Alhamdulillah. Dengan pengumuman bonus hari raya setengah bulan gaji maka diharap ia dapat meringankan sedikit beban belanja untuk raya. Diharap juga para peniaga tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan.

Saya yang berkerja swasta ni tak tau lagi dapat duit raya atau tak. Selalunya majikan saya ada juga bagi duit raya.

Ok la, bonus yang majikan beri kita ambil. Diharap 'bonus' yang berlipat kali ganda yang ditawarkan oleh Tuhan di bulan Ramadan ni pun kita dapat 'ambil' juga.