Tuesday, March 30, 2010

Ringkasan Pesta buku kali ni...

Assalamualaikum...

Pesta buku antarabangsa kuala Lumpur kali ni dah berakhir. Alhamdulillah koi berjaya menghadirkan diri selama 2 hari pada minggu pertama pesta.

Ni salah satu lorong ke dewan pameran karangkraf

ni pulok booth Jemari Seni. Penuh ngan orang.

ni pulok novelis di PTS. Popular novelis ni tp koi tak kenal sbb koi tak baca novel akhir2 ni. Koi kenal Ujang, ahadiat akashah n norhayati berahim je (sekadar beberapa nama).

ni pulok buku2 yang dibeli kali ni. Tak banyok pun. Paling mahal buku Alxender adalah zulqarnain dan Buat duit dengan menulis (RM35).


Tahun depan insyaAllah datang lagi.

Sunday, March 28, 2010

Karnival Pendidikan MARA 2010...

Assalamualaikum...

Posting ni dibuat masa koi sedang berehat di dalam bilik di Batu Buruk Beach Resort. Koi berada kat Terengganu ni sebab tolong team Marketing Uniten di Karnival Pendidikan MARA.

Koi duk sini 4 hari 3 malam. Dari hari Sabtu hingga Selasa. Masa kat sini, jumpa jugalah dengan team marketing Shahputra.

Meriah sungguh sambutan. Ramai bebudok Terengganu yang cerdik. Mudoh je nok hendel.

Sambil wat kerja, sempat jugek la koi menyopping n menketedarah hidangan org Terengganu.

Monday, March 15, 2010

Tahniah Chong Wei...!!!

Assalamualaikum...

Akhirnya, menang juga Chong Wei di Kejohanan All England.

Tahniah dari warga Pangsenam.

Kalahkan Konichi Tago (Jepun) 21 - 19, 21 - 19.

Rasanya match point semalam bulu tangkis out hehehe...

Takpe, budok Jepun ni muda lagi, baru 20 tahun. Tahun depan cuba lagi...

Moh kita main bedminton pulok pasni...

Sunday, March 14, 2010

Jerebu...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dua tiga menjak ni hujan dah turun. Malam semalam pun ujan dengan lebat. Taklah terik sangat.

Minggu lepas banyak kawasan hutan terbakar. Beberapa area jalan Kuantan - Muadzam dilanda jerebu. Udara pun berbau asap. Ni la keadaan pandangan jalan bila bowok kereta. Pandangan terhad.

Masuk bilik kat Muadzam pun ada bau asap. Kalau ikut ramalan, kemarau ni sampai bulan 4.


Sunday, March 7, 2010

Student exam...

Assalamualaikum... Student koi tekun jawab soalan exam. Ni student uniten. Ada la 18 orang.
ni pulok student ump. Ada la 60 orang.
Pasni jenuh menanda kertas n buat kerimak.

Saturday, February 27, 2010

Lipat beg plastik...

Assalamualaikum...

Kali ni koi nok tunjuk cara lipat beg plastik supaya mudoh kita nok bawok travel. Tak perlu lagi renyok2 letak dalam beg. Bila lipat, jimat ruang.

mula2 lipat dua beg plastik

pastu lipat lagi jadi panjang gitu

pastu lipat start dari bawah jadi 3 segi

siap dah... boleh selit dalam poket beg. Kalau besor 3 segi ni, besor lah size beg plastik tu.

Tuesday, February 23, 2010

Aircond rosak...

Assalamualaikum... Semalam team mekanikal dan electrikal yg diketuai en. Mubin datang berkampung kat bilik koi sbb aircond rosak... tak sejuk.

Rupa2nya aircond tersumbat dek air. Sistem penyejuk aircond kat sini guna air, bukannya gas. Jenuh la tadoh air guna bakul sampah (nampak dlm gambar). Koi lapik karpet ngan suratkabo lama.

Sekarang, bilik koi dah sejuk. Menggigil la duk dlm ni.

Thursday, February 18, 2010

Teh...

Assalamualaikum...

Antara teh yang dibeli di cameron highlands. borong sakan kat Bharat n Boh

Wednesday, February 17, 2010

Masih cerita Cameron Highland...

Assalamualaikum...

Minggu lepas (13 - 15/2/2010) pergi ke Cameron Highland (Family trips). Stay 3H2M disana. Ni ada beberapa gambar keadaan disana.

pelbagai bunga
sayur

bunga matahari sebesar muka Nakeeb

buah strawbery untuk makan dan dibuat jem

bunga raya sebesar pinggan

ladang strawberi. Boleh petik sendiri (kena bayar)

Kesejukan di anjung tinjau Boh plantation sambil minum teh tarik

sayur dan buah yang dijual

di Bharat tea plantation

Sunday, February 14, 2010