Hari pertama, saya telah berada di KLIA jam 8 malam untuk penerbangan ke Amman Jordan. Penerbangan ke Amman memakan masa 9 jam. Saya hanya tidur sahaja sepanjang penerbangan. Kami mendarat di Queen Alia International Airport hamper subuh. Cuaca amat sejuk.
  | 
| Saya di KLIA | 
Di Amman Jordan urusan bagasi dan imegresen amat mudah. Mereka kumpulkan semua passport kami (39 Jemaah) dan terus cop. 
  | 
| Di Queen Alia International Airport | 
Sesudah habis urusan imegresen dan bagasi, kami terus ke surau untuk menunaikan solat subuh. Kemudian kami menuju ke bas bersama dengan guide kami dari Jordan, Mr. Talal.
  | 
Dalam bas menuju ke Hotel. Bas lengkap dengan Wifi. Boleh update FB dan instagram hehehe 
  | 
  | 
| Panorama Bandar | 
  | 
| Bandar Amman | 
Di hotel, kami hanya singgah untuk sarapan dan. Kami akan masuk ke Palestin hanya membawa beg kecil. Manakala beg besar akan diletakkan di kedai cenderamata berhampiran sempadan.