Saturday, December 31, 2011

Servis kereta...

Dua minggu lepas saya pergi servis kereta lagi. Dah mencecah 110,000km. Warranty pun dah habis. Kelihatan kereta saya 'terapung'. Kat sini kita boleh lihat kereta kita diservis. Lihat dari jauh je.
Sambil tu dapat minum milo free. Saya rasa, sebulan sekali juga saya datang servis kat sini.

Thursday, December 29, 2011

Bunga Bakawali...

Ada sekuntum bunga bakawali kat rumah kembang pada waktu malam. Kami beramai2 melihat proses mengembangnya sehingga lengkap.

Wednesday, December 28, 2011

Menoreh Getah...

Minggu lepas balik Kg Pangsenam sempena cuti raya krismas. Sambil tu sempat merasmi memotong getah di kebun yang telah masuk 5 tahun usianya. Ni kira torehan pertama untuk pokok getah ni. Ni kebunnya. Kelihatan pondok pisang sesikat telah hampir runtuh dipukul ribut. Kelihatan juga 2 buah motor.
buat pelannya dulu


turn koi menoreh


susu getah mula menitik. Belum banyak lagi


kita kumpul dulu susu getah ni dalam cawan untuk buat sekerap. Nanti boleh jual.

Thursday, December 15, 2011

Mahkamah Kuantan telah bercahaya...


Baru2 ni lalu kat sebelah bangunan mahkamah kuantan yang hampir siap tu terlihat bercahaya je. Rupa2nya kontraktor sedang test lampu spotlight. Nampak cantik pada waktu malam.

Sekarang ni langskap pun dah hampir siap. Banyak dah pokok ditanam.

Friday, December 2, 2011

Mahkamah baru Kuantan...

Bangunan mahkamah baru kuantan dah nak siap. Sebahagian dah di cat.Langkskap pun dah hampir siap. Semalam tengok dah ada pokok dan rumput ditanam.

Besar juga bangunan ni.