Tahun ni kat Mesjid Pangsenam diadakan juga majlis korban. Ada 7 ekor kerbau dikorbankan. Penduduk kampung beramai2 berkerjasama untuk menjayakan maslis ini.

Antara ajk yang duk mengorganize majlis korban supaya berjalan dengan lancar. Papan tanda atas meja tu nama peserta korban utk setiap kerbau.

Pengumuman dibuat untuk memanggil peserta korban apabila kerbaunya hendak disembelih. Sambil tu lebai yang pegang mikrofon tu akan bertakbir.

Orang2 kuat mesjid Pangsenam

Ha..., yang bertugas di bahagian masak-memasak dah standby

Dapur dah panas, tunggu daging nya sahaja...

Antara kerbau yang akan dikorbankan

Kerbau yang berlumpur akan dimandikan dahulu supaya ia 'pergi' dalam keadaan bersih.

Kita ikat dulu kaki kerbau ni...

Tukang sembelih dah ready nak sembelih. Orang ramai bertakbir... Gambar masa sembelih tak ditunjuk sebab banyak darah memancut2.

Pasukan melapah amik peranan selepas menyembelih.

Semua berkerjasama memainkan peranan masing2

Pasukan menimbang daging

Untuk masok kat mesjid, kita potong kecik2

Untuk agihan, kita potong besor2

Tok Empat menyerahkan daging korban kepada penduduk kampung.

Pengerusi Mesjid pun nok juga bagi ke orang ramai...