Saturday, February 27, 2010

Lipat beg plastik...

Assalamualaikum...

Kali ni koi nok tunjuk cara lipat beg plastik supaya mudoh kita nok bawok travel. Tak perlu lagi renyok2 letak dalam beg. Bila lipat, jimat ruang.

mula2 lipat dua beg plastik

pastu lipat lagi jadi panjang gitu

pastu lipat start dari bawah jadi 3 segi

siap dah... boleh selit dalam poket beg. Kalau besor 3 segi ni, besor lah size beg plastik tu.

Tuesday, February 23, 2010

Aircond rosak...

Assalamualaikum... Semalam team mekanikal dan electrikal yg diketuai en. Mubin datang berkampung kat bilik koi sbb aircond rosak... tak sejuk.

Rupa2nya aircond tersumbat dek air. Sistem penyejuk aircond kat sini guna air, bukannya gas. Jenuh la tadoh air guna bakul sampah (nampak dlm gambar). Koi lapik karpet ngan suratkabo lama.

Sekarang, bilik koi dah sejuk. Menggigil la duk dlm ni.

Thursday, February 18, 2010

Teh...

Assalamualaikum...

Antara teh yang dibeli di cameron highlands. borong sakan kat Bharat n Boh

Wednesday, February 17, 2010

Masih cerita Cameron Highland...

Assalamualaikum...

Minggu lepas (13 - 15/2/2010) pergi ke Cameron Highland (Family trips). Stay 3H2M disana. Ni ada beberapa gambar keadaan disana.

pelbagai bunga
sayur

bunga matahari sebesar muka Nakeeb

buah strawbery untuk makan dan dibuat jem

bunga raya sebesar pinggan

ladang strawberi. Boleh petik sendiri (kena bayar)

Kesejukan di anjung tinjau Boh plantation sambil minum teh tarik

sayur dan buah yang dijual

di Bharat tea plantation

Sunday, February 14, 2010

Thursday, February 11, 2010

Cis!...

Assalamualaikum...

Sedang enak menjamu selera sambil membaca paper pagi tadi, tiba2 terasa panas je kat betis. Tengok kat bawah, nampak sekor kucing jantan sedang tertonggek sambil ekornya bergetar menghala buntutnya ke betis koi. Sisa2 cairan panas masih memancut dari anu kucing ni ke seluar koi dan menembusi ke betis koi. Cis!!!

Nak balik umah tukar seluar, jauh la pulak. Lap2 la juga ngan air tapi hancingnya usah cerita la, masih kuat lagi. Nampaknya terpaksa la menagih simpati ngan suki untuk tumpang basuh seluar ni kat umah dia. Pastu gosok ngan streka kasi kering.

Tengok lah kelas kul 2 kang dan ke tak nak masuk. Kalo sluar dah kering, dan lah masuk.

Monday, February 1, 2010

Melawat tanah kat Tenggoh...

Assalamualaikum... Balik Pangsenam baru ni sempat melawat tanah yang baru beli kat Tenggoh. Area atas bukit. Kalo gambo atas ni yang nampak kelompok pokok langsat 5 batang tu la kawasannya.
Ni antara tuan khemah yang melawat kawasan
Budok ni pun nak ngikut sekali... kononnya orang kampung la hehehe...