Tuesday, April 29, 2008

Durian Dah Berbunga


Minggu lepas (18/4/08) balik kampung, tengok2 durian sedang berbunga. Mutan dan manggis pun berbunga. Durian kat umah ni ada la dalam 25 batang. Tak semua berbunga, cuma 18 batang sahaja berbunga. Durian gajah, durian tak malu 1, durian tak malu 2, durian pos, durian mok, durian ribu, durian tempoyak dan durian bola antara pokok durian yang sedang berbunga.

Bunga durian


Pokok rambutan pula ada la 15 batang. Mutan kuning adala 5 batang. Mutan budok sekoloh adala 5 batang. Mengkala gula batu ada la dalam 5 batang gak.



Bunga Mutan


Manggis pulok berbunga jugek. Ada la dalam 6 batang. Tapi kat umah arwah tok, lagi lebat bunganya. Dokong, duku johor n langsat tak berbuah kali ni. Mungkin lepas ni.


Bunga Manggis

Friday, April 18, 2008

cameron highland (sambungan)

di ladang Bharat

di kedai Boh


di ladang tomato




pekan sehari berinchang


Ni beberapa keping lagi gambar di Cameron Highland. Jagung mutiara boleh beli dengan harga RM10 untuk 9 tongkol. Sayur campur2 selonggok RM10. Ada 2 ladang teh yang mesti pergi iaitu Bharat dan Boh. Boleh la pekena teh tarik bila ke sana. Sambil2 tu, borong la teh untuk dibawa balik.

Petang sabtu ada pekan sehari kat Berinchang. Macam2 boleh beli kat situ. Mengkala pagi ahad pulak ada pasar tani, banyak sayur yang dijual. Semasa balik ikut Tanah Rata ni akan jumpa Lata Iskandar. Boleh berhenti berehat sekejap setelah penat memandu.


Thursday, April 17, 2008

Bercuti Ke Cameron Highland (23, 24, 25/2/08)

Langskap ladang teh


Pelbagai kaktus

Pokok bunga

ladang teh boh

sebelum bertolak balik

Bercuti 3 hari 2 malam di cameron highland. Tidur di apartment Bank Rakyat di Tanah Rata. Banyak sayur, strawberi dan teh yang boleh dibeli disana. Di sarankan agar membawa baju sejuk kerana cuaca agak sejuk terutama pada waktu malam.

Shik Net







Kucing ni namanya shik net. Tak tau asal dari mana sebab jumpa dia di Mentakab kat bawah kereta. Masa bawak balik tu umur dia dalam 3 bulan tahun 2000 dulu. Shik Net dah mati pada 16/1/2008. Kuburnya ada kat belakang rumah.