Sekarang dan masuk bulan Februari 2009...cepatnya masa berlalu. Biasanya kehangatan menulis dairi telah mula beransur suam-suam kuku. Namun begitu, fungsi dairi hari ini telah digantikan dengan catatan-catatan dalam tulisan berbentuk blog....cuma yang berbeza, blog boleh dibaca oleh orang ramai manakala dairi hanya untuk catatan peribadi sahaja.
Tergerak untuk membicarakan tajuk di atas adalah disebabkan saya baru selesai mentelaah buku Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik susunan Abd.Rahman Hj. Ismail terbitan DBP. Bukan nak ulas sepenuhnya buku tersebut cuma nak petik satu hakikat sebenar para pengkaji sejarah. Buku tersebut merumuskan bahawa amat-amatlah sukar untuk mencari bahan sejarah berbentuk tulisan(sumber) bagi menghuraikan tentang sejarah Tanah Melayu/Malaya semasa Kerajaan Melayu Melaka.
Berbalik kepada dairi tadi....rajin-rajinlah menulis & merekodkan peristiwa secara jujur agar anak-anak kita di masa akan datang dapat belajar & manfaat daripanya sekiranya mereka ingin tahu tentang sejarah keturunan atau keluarga. Sebab siapa lagi yang akan mencatatkan pengalaman-pengalaman keluarga kalau bukan bermula dari KITA.
Bangsa yang maju adalah bangsa yang belajar dari sejarah dan sejarah itu ditulis oleh KITA untuk bangsanya/keturunannya pada masa akan datang.
4 comments:
deee...aku pelik sungguh...masa belajar dulu...tak la pulak aku dengar ko rajin sebegini....hahahaha :)
posting ni adek aku tulis. Blog pangsenam ada 3 penulis tamu.
1. adek - adik aku
2. KCDS - member adik aku pakar it
3. madier - koresponden kat uk
hehehe
so, ada sesetengah posting sini bukan aku tulis.Tak caya, mu tengok kat bwh tu posted by adek
ooo..so aku leh tulis ler dlm blog mung nan?taktau ler pulok...ye ke?
hehehe
Minor correction...KCDS is NOT an IT expert,
just a nocturnal (suka jaga malam)...
Post a Comment