Showing posts with label Barang Lama. Show all posts
Showing posts with label Barang Lama. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Pangsenam.blogspot tahun 2008

Yg berdiri kat tingkap tulah adminnye. Sedor-sedor dah 4 tahun guna wallpaper skrg ni........

Thursday, October 31, 2013

Komik lama karya Man. S...

Ini pula komik lama karya Man. S. Ia juga diterbitkan oleh penerbitan Media seni. Harganya tetap 70 sen. Saya rasa komik2 sekitar tahun 80an memang berharga kurang RM1.

Komik bertajuk Pendekar Jakpo
 

Komik tajuk De' Man dalam episod Menentang Si Robot
 

Wednesday, October 30, 2013

Komik lama karya Man Hassan...

Kita masih lagi bercerita tentang komik2 lama. Semua ni ada dalam simpanan saya. Kali ni saya ketengahkan 2 komik yang dilukis oleh kartunis Man Hassan. Ia juga diterbitkan oleh Penerbitan Media seni. Harganya ialah 70 sen.

Komik bertajuk Koboi Malaysia. Kerbau pun pakai kasut...

Ni pulok komik siri penyia$at gila. Tajuknya ialah Awang Pong. Harga komik ni pun doh diskaun jadi 50 sen. Harga asal 70 sen.
Sekarang saya hanya paparkan cover komik sahaja. Nanti saya akan scan pula ceritanya dan upload kat blog ni supaya ramai boleh membacanya terutama yang hidup sezaman dengan saya.

Tuesday, October 29, 2013

Komik karya Rasyid Asmawi...

Kali ini kita lihat pula dalam simpanan saya komik yang dihasilkan oleh kartunis Rasyid Asmawi. Beliau merupakan salah seorang kartunis majalah Gila-Gila. Ini mungkin merupakan antara karya awal beliau dalam bentuk komik.

Komik ini diterbitkan oleh penerbitan Mediaseni. Harganya ialah 70sen.

Komik tema combat. Tajuk Operasi Di Port Weld. Watak Utama ialah Spy Kulub.

Ni pulok komik tajuk Pil Kuat. Watak utama ialah Professor Leman
Ada 2 je dalam simpanan saya komik lama karya Rasyid Asmawi ni. Teringat masa kecik2 baca komik ni...

Komik Indiana Jong karya Pot Jr...

Komik lama ini juga berada dalam simpanan saya. Tajuknya ialah Indiana Jong 1 dan Indiana Jong 2. Ceritanya ala2 cerita wayang Indiana Jones... kisah pengembaraan.

Komik ini merupakan karya kartunis Pot Jr dan diterbitkan oleh Penerbitan Mediaseni. Harganya pada masa tu 70 sen.

Indiana Jong 1

Indiana Jong 2, sambungan Indiana Jong 1 dalam episod mati katak.

Sekarang saya dalam proses menyimpan komik2 ini dengan cara yang selamat. Kertas2nya sudah agak berusia. Bagi mereka yang zaman kanak2nya sama dengan saya mungkin pernah membaca komik2 ini.


Monday, October 28, 2013

Koleksi Wak Dojer...

Saya ada beberapa komik lama Wak Dojer dalam simpanan saya. Dulu harganya 70 sen sahaja. Ia amat popular sekitar tahun 80an. Komik ini merupakan karya Hussain Sa'ad. Diterbit oleh Media Seni.
Wak Dojer dengan tajuk Untung Sabut Timbul

Hilang gelap timbul terang

Kalau Bulan menjadi dua

Ini sahaja yang tinggal dalam simpanan saya. Ia pun sudah hampir reput dimamah usia.


Friday, January 27, 2012

Teko Bunga padi...

Ni teko mak saya punya. Teko ni teko lama. Orang kabo corak ni namanya bunga padi. Tinggal teko ni sahaja sekarang. Mak saya kabo, cawan n piring set teko ni semua dah pecah.

Try juga google nak tengok harga teko ni. RM70 juga rupanya sekarang