Wednesday, October 10, 2012
Friday, March 16, 2012
Thursday, March 8, 2012
Saturday, February 4, 2012
10 tahun dulu...
Saya dah menceburi bidang ajar mengajar ni lebih dari 10 tahun. Saya start mengajar pada tahun 2001 di Kolej Shahputra. Gambar diatas adalah saya dan rakan pensyarah lain bergambar dengan student matrik di shahputra. Masa ni saya baru setahun mengajar dan naif lagi.
Entah dimana student2 saya sekarang ni...
Thursday, March 31, 2011
Hantu...
Sekarang banyak benar filem cerita hantu yang ditayangkan. Macam2 tajuk antaranya Hantu Kak Limah Balik Rumah, Khurafat dan lain2. Bahkan ada stesen tv tu tayangkan program mencari hantu (entiti) yg dihoskan oleh uncle seekers. Pernahkah jumpa dengan hantu? Atau tahu ada kehadiran hantu? Saya teringat pengalaman saya di Shahputra Pekan dulu. Kira2 8 tahun yang lalu, saya mengajar student matrik di Pekan. Kami lecturer2 yang bujang selalu 'melepak' di kolej pada malam hari. Pada satu hari tu, saya keseorangan duduk dimeja saya dibilik lecturer (tingkat atas). Kononnya nak membaca la sikit, maklumlah masa tu baru 2 tahun bergelar lecturer.
Jam masa tu rasanya menunjukkan antara pukul 9 - 10 malam. Saya tak tau kenapa malam tu saya seorang je ada. Selalunya ada la juga member lain seperti ky, lokman, suki dll.Sedang syok membaca tu saya terdengar kat belakang sebelah kanan saya bunyi berkriut (macam bunyi kerusi kerja kita bila kita duduk sebab berat berlebih). Eh! ada org datang ke? kata saya dalam hati. Masa tu bilik lecturer merupakan satu bilik yang luas yang dikongsi beramai2. Hanya dipisahkan oleh partition je.

Saya pun menoleh ke belakang nak tengok sape yang datang. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat kerusi yang berbunyi tadi tu berpusing-pusing. Kaki kerusi tak bergerak tapi hanya bahagian yang kita duduk tu je berpusing.
Bulu roma kat tengkuk saya dah mula naik. Pintu keluar menghala ke library tu nampak macam jauh. Saya bingkas bangun dan terus meluru ke pintu. Saya berjalan laju (berlari) untuk turun kebawah sambil buat2 telefon (ni penting supaya student yang ada kat bawah tu nampak kita seolah2 sibuk, padahal kita takut).
Ni lah pengalaman satu anatra dua yang saya alami di Shahputra Pekan. Pengalaman yang kedua nanti saya cerita, kali ni lebih dahsyat sebab siap ada bau lagi.
Tuesday, February 22, 2011
Tahniah Shahputra...
Koi nak ucapkan tahniah pada kolej shahputra sebab dapat pelawaan untuk menjadi Kolej Universiti Shahputra. Koi rasa amat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dari kolej shahputra.
Teringat 10 tahun dahulu bila koi mula kije di sini. Waktu tu koi melapor diri di kolej shahputra di Pekan. Tak sangka, sekarang shahputra telah berkembang dengan pesat sekali. Mula2 dulu gaji koi disana hanya RM1000 lebih je sebulan.
Hampir 9 tahun juga koi mengajar di shahputra ni.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang shahputra, boleh lawat ke website dia. Takpun, kalau ada masa ujung minggu ni, boleh la gi karnival pendidikan shahputra di ECM kuantan.
Rasa dihati nok juga kesana tapi tak dapat sebab koi ada program kat langkawi.
Apa pun, syabas di ucapkan kepada warga Shahputra dan selamat maju jaya.

