![]() |
| Selamat hari raya aidilfitri dari kami. Maaf zahir batin. |
Showing posts with label pangsenam. Show all posts
Showing posts with label pangsenam. Show all posts
Thursday, July 23, 2015
Friday, February 13, 2015
Keadaan semasa dan selepas banjir 2014...
Thursday, January 29, 2015
Bantuan banjir Masjid Pangsenam...
Pada disember 2014, kg Pangsenam juga dinaiki air. Masjid Ikhsaniah Kg. pangsenam juga telah ampuh dek air banjir. Banyak peralatan telah rosak. bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat begitu dengan bank in ke dalam akaun masjid.
![]() |
| Keadaan semasa banjir |
![]() |
| selepas air surut. Lumpur sudah dibersihkan |
![]() |
| semasa banjir air masuk kedalam masjid hingga ke paras lutut |
![]() |
| karpet masjid yang rosak |
![]() |
| boleh terus transfer ke akaun masjid ini |
No Akaun: 06028010011989
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Semoga Amalan Tuan/Puan diberi ganjaran yang setimpal olehNya
Thursday, November 28, 2013
Nagka berbuah di akar...
Friday, October 18, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Selamat Hari Raya 6...
Saya mengucapkan selamat hari raya puasa 6 kepada yang telah selesai berpuasa 6 hari bulan syawal.
Ni gambar raya keluarga belah mak saya. Tapi tak semua ada pada masa ni. Yang kenit2 duduk depan tu semua pangkat sepupu saya. Kebanyakkan sepupu sepapat saya belah mak saya semuanya masih belajar. Kami 5 beradik ni jelah yang tua2.
Wednesday, November 21, 2012
Durian lagi...
Durian yg gugur tu kita kutip dan kumpulkan di sudut rumah kat dapur. Nanti nak makan boleh kita belah. Yang dah tersengih tu kita buat tempoyok.
Yg ni tak kuning sangat. Tapi isinya sedap dan tebal. Balik baru ni buat crepe durian (popular pulak sekarang).
Monday, November 19, 2012
Durian dah gugur...
Balik kampung kali ni makan durian. Durian dah gugur. Ni sebijik gugur.
Sini sebijik...
Ni belum gugur. Rendah je, hari2 cium kalau dah ada bau petik je lah...
Monday, October 29, 2012
Raya korban masjid Pangsenam 2012...
Selepas sembahyang sunat raya
Kerbau korban, ada 5 ekor
diikat untuk disembelih
ikat betui2... kang terlepas
bahagian lapah
bahagian potong kecik2
bahagian tulang...
Monday, September 10, 2012
Tongkat Ali...
Ada 4 batang pokok tongkat ali ditanam dalam kebun. Dah besar dan tinggi dah pokoknya. Ada yang dah berbunga (tak sangka ada bunga juga pokok tongkat ali ni ya). Nanti nak semai benihnya lagi.
Dibawah naungan tongkat ali. Batangnya dah sebesar lengan.
Tuesday, May 29, 2012
Madrasah AlDiniah Pangsenam...
Ni gambar lama dekat madrasah AlDiniah Pangsenam.
Kat papan hitam tu tertulis dalam tulisan jawi Gambar kenangan ahli2 jawatankuasa tahun 62 - 63 dan sebahagian daripada murid2 & guru2 di bangunan gotong royong ahli2 tempatan.
Gambar ini diambil pada 12 April 1963. Kelihatan ayah saya berdiri no 7 dari kiri. Yang duduk kiri sekali ialah arwah aki saya iaitu Allahyarham Haji Abd. Kadir Ahmad.
Monday, May 21, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Thursday, February 16, 2012
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Menoreh Getah...
Minggu lepas balik Kg Pangsenam sempena cuti raya krismas. Sambil tu sempat merasmi memotong getah di kebun yang telah masuk 5 tahun usianya. Ni kira torehan pertama untuk pokok getah ni.
Ni kebunnya. Kelihatan pondok pisang sesikat telah hampir runtuh dipukul ribut. Kelihatan juga 2 buah motor.
buat pelannya dulu
Thursday, November 17, 2011
Program anak Angkat...
Baru2 ni bulan 9 ada program anak angkat kat Kg. Pangsenam. Pelajar2 dari Kolej Komuniti telah datang untuk menjadi anak angkat kepada beberapa penduduk kg. Pangsenam.
Nama program ni ialah Program Silaturahim Siswa & Masyarakat
Menerima 4 orang anak angkat!!!
Tuesday, November 15, 2011
Majlis Korban Mesjid Pangsenam 2011...
Tahun ni kat Mesjid Pangsenam diadakan juga majlis korban. Ada 7 ekor kerbau dikorbankan. Penduduk kampung beramai2 berkerjasama untuk menjayakan maslis ini.
Antara ajk yang duk mengorganize majlis korban supaya berjalan dengan lancar. Papan tanda atas meja tu nama peserta korban utk setiap kerbau.
Pengumuman dibuat untuk memanggil peserta korban apabila kerbaunya hendak disembelih. Sambil tu lebai yang pegang mikrofon tu akan bertakbir.
Orang2 kuat mesjid Pangsenam
Ha..., yang bertugas di bahagian masak-memasak dah standby
Dapur dah panas, tunggu daging nya sahaja...
Antara kerbau yang akan dikorbankan
Kerbau yang berlumpur akan dimandikan dahulu supaya ia 'pergi' dalam keadaan bersih.
Kita ikat dulu kaki kerbau ni...
Tukang sembelih dah ready nak sembelih. Orang ramai bertakbir... Gambar masa sembelih tak ditunjuk sebab banyak darah memancut2.
Pasukan melapah amik peranan selepas menyembelih.
Semua berkerjasama memainkan peranan masing2
Pasukan menimbang daging
Untuk masok kat mesjid, kita potong kecik2
Untuk agihan, kita potong besor2
Tok Empat menyerahkan daging korban kepada penduduk kampung.
Pengerusi Mesjid pun nok juga bagi ke orang ramai...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















