Friday, June 7, 2013
Beli Kuih di Terengganu...
Thursday, June 6, 2013
Bercuti di Terengganu...
Sunday, March 31, 2013
Selamat Pengantin Baru McZue...
Thursday, February 7, 2013
Teh tarik dan pai strawberi...
Tuesday, February 5, 2013
Ke Cameron Highland awal 2013...
Thursday, December 13, 2012
Berjalan ke stesen keretapi Ipoh...
Friday, June 29, 2012
Ikan terubuk Sarawak...
Thursday, June 28, 2012
Kek lapis Dayang Salhah...
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Harbour View Hotel...
Monday, June 25, 2012
Laksa Sarawak...
Sunday, June 24, 2012
Makan nasik briyani...
Sunday, April 8, 2012
Makan Pagi kat Sumai Suite Hotel...
Friday, April 8, 2011
tengok helang...
Marking paper dah habis. Bagi gred pun dah selesai. Walaupun dah abis, sekarang kene check file utama pulok. Nanti minggu depan ada ISO audit. Stress sungguh...
Seperti biasa, kita lupakan hal kerje. Rasanya kita masih lagi berada di Langkawi. Kali ni kita nak tengok burung helang makan. Lepas kita gi tasik dayang bunting tu, drebar bot akan bawak kita tengok burung helang pulok.
Burung helang terbang tinggi. Masa ni guna lens Nikon standard, belum beli lens yg boleh zoom jauh.
Banyak dah burung lang terbang rendah.
Thursday, March 31, 2011
Island hopping: Pulau Dayang Bunting...
Sekarang musim jaga exam dan menanda kertas di sini. Letih juga menanda kertas ni. Jangan ingat kerja menanda kertas ni senang. Ia akan melibatkan emosi juga kadang2 tu.
Ok, lupakan tentang menanda kertas ni. Kalau nak diikutkan kerje, memang tak abis. Kali ni mari kita teruskan perjalanan ke Langkawi lagi. Kita ke Pulau Dayang Bunting. Saya sempat ke sana menaiki bot semasa bercuti bulan lepas.
Kita kene bertolak waktu pagi. Kat sini lah kita boleh naik bot. Pastikan pakai baju yang bersesuaian. Digalakkan pakai track suit.
Bermulalah pengmbaraan kita dengan bot laju ni. Amat la lajunye....
Wednesday, March 9, 2011
Galeri Perdana...
Dalam paper hari ni ada berita tentang pelancaran buku memoir Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu mantan perdana menteri malaysia yang keempat.
Posting ni bukan nak cerita tentang memoir tersebut tapi nak cerita sedikit perkara yang ada kaitan dengan Tun, iaitu Galeri Perdana di Langkawi.
Galeri Perdana ni menempatkan himpunan hadiah yang diterima oleh Tun sepanjang menjadi Perdana Menteri. Ada juga hadiah untuk Tun Dr Siti Hasmah.
Galeri ni terletak di Kilim iaitu lebih kurang 12km dari pekan Kuah. Masuk dalam ni kene bayar RM3. Kalau nak bawak kamera kene bayar RM2 untuk 1 kamera.
Ni koleksi kereta. Kereta F1 petronas pun ada.
Pendek kata kalau kita tengok hadiah ni sambil membaca penerangan tentang hadiah tersebu, nescaya mau makan masa lebih 4 jam. Sebabnya, terlalu banyak hadiahnya. Memang bagus galeri ini diwujudkan.
So, kalau ke Langkawi disamping shopping sakan kat Haji Ismail Group dan Idaman Suri, moleklah kesini juga.
Saturday, March 5, 2011
Friday, March 4, 2011
Syamimhadi homestay Langkawi...
Kat Langkawi baru2 ni kami menginap di Syamimhadi homestay kat Kg. Bayas, Langkawi. Ia kepunyaan Haji Ramli iaitu seorang guru sekolah di kg bayas.
Sewanya antara RM150 - RM180 semalam bergantung pada musim cuti dan permintaan. Tapi harga boleh runding lagi, jangan risau.
Ni gambaran depan rumahnya. Rumah ni berkembar 3. Sebelah rumah ni haji ramli sedang membina 2 bijik lagi rumah untuk homestaynya.
Lokasi homestay ni dekat dengan Nusantara gamat. Kalau ke pekan Kuah kira2 10 minit tapi kene u-turn dulu. Ke airport pula dalam 5 minit.
Ada 3 bilik tido yg luas. 2 bilik ada aircond dan 1 bilik guna kipas. Bilik air ada 2 lengkap dengan hot shower. Dapur yang lengkap untuk memasak. Ada peti ais dan meja makan. Ada astro dan set sofa di ruang tamu.
Keluasan dalam rumah ni boleh muat kira2 8 orang dewasa. Kalau bebudak bujang/student, bolehlah sumbat 10 orang.
Kalau berminat nak menginap disini bolehlah kontek haji ramli (0124701882).
Wednesday, March 2, 2011
Langkawi: Sakan memborong...
Sakan betul memborong barang di langkawi. Macam2 mende beli kat sana. Dari minyak gamat sampailah ke periuk kuali.






