Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, March 6, 2016

Dinner dgn mee tarik di restoran cina muslim...

Di belakang hotel kami ada restoren cina muslim. So, pada malam tu kami makan malam disini. Boleh kami makan mee tarik.

Menu yg ada

Tao Siaw Mey

Lamin
Telur dadar dan daging masak sejuk
Mee di tarik dan dimasukkan ke dalam sup utk direbus
Proses menarik mee...

Monday, December 14, 2015

Umrah 2015: Makan dalam flight...

Semasa dalam flight Air Asia 8 jam, kami dihidangkan dengan 2 menu.
 
Ni menu pertama sejurus berlepas iaitu Pak Nasser Nasi Lemak

Sedap nasinya... ada rending ayam
 Selepas makan kami tidur sahaja. Kemudian, 2 jam sebelum mendarat... kami dihidangkan pula dengan menu kedua.
Menu kedua ialah Ginger Fried rice...

saya kurang suka dengan rasanya tapi tetap abis saya makan

Sunday, March 29, 2015

Scone & tea tarik...

Makan blueberry scone dan minum teh tarik di Bharat Tea plantation

Buat bubur jagung...

Jagung mutiara

Jagung kita kikis

Rebus jagung ni

Isi santan n gula...taraaaa... siap!

Friday, June 7, 2013

Beli Kuih di Terengganu...

 Atas ni kuih bahulu. Beli kat area dungun masa on the way balik Kuantan. Cantik cara dia masak.
Ni pulok kuih bakor.  Memang banyok jenis kuih yang dijual di gerai tepi jalan ni. Lepas je bandor dungun, ready la nok berenti beloh kiri dekat selekoh. Dari jauh nampok berasap je hasil pembakaran sabut.

Sape rasa nok beli kuih citarasa ganu, boleh singgoh sini. Pelbagai jenis kuih boleh dipilih.

Tuesday, April 23, 2013

Tomyam Ketam...

Makan di Tanjung Lumpur selalunya saya order ikan bakor je. Tetapi sesekali tu, ada juga order tomyam ketam. Best juga... Ambik sekor je ketam suh buat tomyam.

Thursday, February 7, 2013

Teh tarik dan pai strawberi...

Menu ni makan dekat Boh Sungei Palas. Teh tariknya sedap. Begitu juga dengan painya. Kene makan cepat2 sebab kalau makan lambat, air dan pai ni cepat sejuk.

Sunday, January 27, 2013

Scone...

Ni rupanya scone. Macam roti je. Harganya RM3 beli kat Cameron Highland. Sedap juga rasanya. Kita makan dengan jem.

Thursday, November 8, 2012

Makan di hotel...

 Malam kedua tidur kat hotel tiba2 suki nak order makanan anto ke bilik. Dia nak belanja. So, saya pilih Nasik Goreng Pak Mail dan soft drink je. Tu je yg paling murah.
 Nasik goreng RM11. Air coke RM5.50. hehehe... suki belanja
Bon appetit!!!

Tuesday, October 30, 2012

Salai daging korban...

 Korban kerbau baru ni dapat banyak daging. So, sebahagian darinya disalai untuk dimasak lemak cili api atau goreng kicap. Chef menyalai dan menjaga api saya lah. Daging di salai jauh dari api supaya airnya kering.

Ni lah rupanya

Sunday, October 14, 2012

Lemang periuk kera...

 Sejak berada di Uniten ni kerap juga saya makan lemang periuk kera. Ni la rupanya. Rasanya macam lemang biasa tu lah cuma agak lembut. Kalau lemang dalam buluh tu mungkin kenyal sikit sebab kita hentak2. Tapi yang ni lemaknya memang terasa.

Lemang kat atas ni dihidangkan semasa mesorat jabatan. Di tempah khas oleh ketua jabatan yang baru.
 Dimakan bersama rendang ini. Sehingga menjilat jari...
Yang ni cekodok pisang goreng sendiri kat rumah. Gambar selingan sahaja bersama secawan teh tarik.

Thursday, June 28, 2012

Kek lapis Dayang Salhah...

 Kedai kek lapis Dayang Salhah terletak di seberang sungai sarawak. Naik perahu tambang 50 sen je. Kalau pergi sekarang, kedai ni terselindung sikit sebab ada pembinaan bangunan didepan kedai kek lapis ni.
 Bersusun kek lapis ni dalam kedai dan bermacam2 jenis. Ambik je letak dalam bakul, pastu gi la bayar...
 Kalau nak, boleh rasa dulu kek lapis ni. Makan sampai kenyang macam hari raya.
Ni saya punya setelah diagih2kan kepada pihak yang berkenaan.

Monday, June 25, 2012

Laksa Sarawak...

Ni la rupanya laksa sarawak. Saya berkesempatan makan laksa ni masa gi sarawak baru2 ni. Kuahnya cukup berempah. Meenya saya rasa dia guna mee hoon. Ok la, tekak saya boleh terima. Kalau ada rezeki pergi lagi ke serawak, saya akan makan lagi laksa ni.

Monday, May 21, 2012

Udang galoh lagi...

 Size udang galoh yang besar
2 kilo, dapat la 6 ekor yang besar2.

Saturday, April 7, 2012

Kopok lekor...

Kopok lekor beli kat Kemaman. Kalau ikut lidah saya, kopok lekor kemaman ni lagi sedap dari kopok losong.

Tuesday, February 21, 2012

Daging salai masok lemok cili api...

Daging korban tiap2 tahun selalunya kami salaikan supaya tahan lama. Dalam pada tu sebenarnya, daging salai ni sedap masok lemok cili api. Resepinya mudoh je. Try la tiru...
Daging salai kita rebus sampai empuk..., campokkan sekali daun limau purut.
Bahan2 ni seperti lada serai, kunyit dll kita tumbuk sekali
Campok dalam periuk. Bawang pulok, kita hiris je
Pas isi santan, kita kecikkan api dan bior sampai masok.

Monday, February 20, 2012

Roti celup telur...

Saya ada juga try buat roti celup telur dangoreng atas kuali. Senang je..., Mula2 kocok telur, isi garam siket. Pastu roti tu kita celup dalam telur ni. Dah celup, goreng atas kuali roti canai. Isi la minyak siket. Dah hitam tu angkat terus makan.

Thursday, February 2, 2012

Chicken Chop...

Pernah tak makan chicken chop? Saya kerap juga makan makanan ni di sekitar Kuantan. Kata orang, ni makanan western.


Ni chicken chop kat Jungle Foodcourt. Saya rasa, kat area Kuantan, ni antara chicken chop yang sedap di tekak saya. Harganya pun standard lah dalam RM10 sepinggan.


Kalau nak merasa Chicken Chop kat Kuantan ni, boleh la datang kat Jungle Foodcourt nih.

Thursday, January 26, 2012

Pancake + Nisan Kabung...

Cuti raya cina makan pancake dengan Nisan kabung. Nisan kabung ni buat sendiri. Pancake pulak kakak dah bancuh dari rumah. Kat kampung cuma masakkannya sahaja.

Selalunya pancake orang makan dengan madu atau peanut butter. Makan dengan nisan kabung pun sedap. Boleh la try buat kat rumah. Mudah je...

Friday, September 2, 2011

Nasik terbalik...

Raya pertama menunya adalah nasik terbalik. Juadah ni untuk makan tengahari seisi keluarga dan juga hidangan sedara mara sebelah mak yang ramai datang. Seperiuk besar juga nasi ni. Guna beras basmati. Kat bawah periuk tu susun la kentang karot dll. Letak juga ayam dalam nasik tu barang seketul dua.
Ayam pulak ada yang digoreng. Sedak juga nasik ni. Macam nasik arab je.