Showing posts with label Jericho. Show all posts
Showing posts with label Jericho. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Menuju masjid Al Aqsa...

Selesai solat, kami menuju ke Masjid Al Aqsa. Kami ingin solat Maghrib dan Isya' disana. Kali ini kami memang teruja.

Didalam bas, semasa melalui terowong, Mr. Nedal menyuruh kami memandang ke sebelah kiri. Apabila bas keluar sahaja dari terowong, mata kami terus nampak kompleks Al Aqsa. Kubah emas kelihatan lebih ketara.

Mr. Nedal menjerit Takbir!!!... dan kami semua 1 bas menyahut ALLAHUAKBAR!!!. Gema takbir bergegar 3 kali dalam bas. Buat kali pertama kami melihat Masjid Al Aqsa... LIVE!!!
signboard
Kami berjalan menuju ke gate

Kami berkumpul di gate menunggu Jemaah lain.
Selepas berkumpul di gate, kami menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
 
kubah emas dari jauh... kami berjalan ke sini
Selepas mengambil wuduk, kami bergerak menuju ke dataran Masjid Al Aqsa. Dari jauh telah kelihatan kubah emas.

gambar blur sebab teruja dan menggigil sejuk
Alhamdulillah

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.

Thursday, August 3, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Singgah di Masjid & Maqam Nabi Musa...

Selepas mengalas perut, kami singgah di Masjid & Maqam Nabi Musa untuk sembahyang jamak.




Disini ada maqam Nabi Musa.

Perkarangan masjid Nabi Musa

ada sekor unta tertambat di pokok

Maqam Nabi Musa
Di sini kami habiskan masa kira2 sejam sebelum meneruskan perjalanan ke Masjidil Aqsa




Wednesday, August 2, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Lunch di Jericho, the Old city...

Selepas selesai segala urusan di sempadan, kami menuju ke Jericho untuk lunch. Sepanjang perjalanan hati terasa teruja walaupun badan letih. Teruja sebab tak sangka dapat masuk ke Palestin. Sebelum ni hanya dengar cerita dalam tv sahaja.
Kami makan di Temtation restaurant

Kami amat lapar


Saya makan ini sahaja
Restoren ini terletak di Old City. Menurut Mr. Nidal, Bandar ini merupakan Bandar tertua di dunia. Selepas makan, kami bersiar2 sebentar sekitar restoren.
Jericho, The Oldest City of the World


Bangunan Restoren

Sini ada juga seekor unta untuk bergambar hehehe...