Showing posts with label Papan Tanda. Show all posts
Showing posts with label Papan Tanda. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Parking tarawih...

Masa sembahyang sunat tarawih selalunya akan berlaku masalah parking berlapik2. Ada kenderaan yang kene block dek kenderaan lain. Yang sembahyang 8 rokaat akan bermasalah jika kenderaannya diblock dek kenderaan individu yang sembahyang 20 rokaat.

Haa..., ni beberapa alternatif yang dibuat oleh beberapa masjid untuk selesaikan masalah ni hehehe...

Monday, January 30, 2012

Bera...

Kat tebing sungai Pahang akan ada papan tanda nama daerah di Pahang, kecuali daerah yang tak dilalui oleh sungai Pahang.

Yang ni kat area Bera. Boleh lihat tulisan ni jika menghala ke Triang dari Temerloh. Masa gambar ni diambil, cuaca agak berjerubu.

Bandar utama di daerah Bera ialah bandar Bera dan bandar Triang. Di daerah Bera ada Tasik Bera iaitu tasik semulajadi dan dilindungi.

Kalau ada masa, datang2 la ke Bera ni. Kalau lalu kat Kg. Pangsenam, singgohla beli ikan Patin yak!