Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Dinner Retreat COBA 2014

Minggu lepas pada 23hb Jan diadakan majlis dinner retreat COBA 2014. Ia sepatutnya diadakan pada hujung tahun 2014 tetapi ditunda ke tahun ini disebabkan oleh bencana banjir.
 
Berikut adalah sekitar majlis tersebut... saya merupakan salah seorang ajk yg menganjurkan majlis ini.
 AJK yg terlibat sedang menyiapkan dewan
En. Wan dengan Sukiman


ajk sedang mengendalikan acara tukar3 hadiah


selepas majlis


Pengarah program dengan pemenang


pemenang anugerah


pengarah program


pemenang anugerah pensyarah paling popular


lepas majlis baru ajk dpt bergambar di red carpet...

Monday, November 17, 2014

Majlis Korban UNITEN 2014...

Pada tahun ini saya masuk 1 bahagian korban di UNITEN. Majlis dibuat pada 8 okt 2014 (Rabu) di Surau Al-Ansari Desa Keranji. Ramai staff2 Uniten dating membantu menyembelih, melapah dan memasak daging korban.
Lembu pertama di korbankan

Lembu kedua dikorbankan

2 ekor lembu sahaja pada kali ini

petugas sedang sibuk melapah

shahrul sedang membawa paha lembu ke bahagian agihan

Dr. haji Osman selaku Pengerusi Surau Al-Ansari meluangkan masa melihat petugas2.

Dr. Mat Nor sedang memikirkan menu masakan istimewanya pada malam nanti...

Thursday, May 2, 2013

Main golf di Maran Hill Golf Resort...

Pada 1 Mei 2013, bekas2 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, generasai kelima, telah mengadakan reunion di Maran Hiil golf resort. Ada beberapa bekas pelajar telah mengambil peluang untuk bermain golf silaturahim.

Kelihatan dalam gambar dari kiri: Khasri, saiful Helmi, Dato' Shafri (Exco Pahang), Lan Ghazali, Shidin, Norazizi, Adri dan saya.
Saya, redi untuk tee off

Wednesday, November 28, 2012

Prosis...

 Khamis minggu lepas (22hb Nov) ada program Prosis iaitu singkatan bagi Program Siswa Sihat. Program ini menggalakkan warga UNITEN termasuk pensyarah untuk berjalan kaki dari gate ke pejabat. Fuh! penat hari tu berjalan.
 Sepanjang jalan tu ada la papan2 tanda berisi maklumat kesihatan jika kita berjalan 10,000 langkah sehari.
Mungkin disebabkan lemak yang banyak, sukiman tertinggal di belakang ditemani Nick hehehe... Nampak tak bangunan sayup2 belakang tu? Dari situ kami berjalan. Ni baru 1/3 perjalanan. Ada lagi 2/3 perjalanan nak berjalan kaki.

Wednesday, November 7, 2012

Konvokesyen Uniten ke 15...

 Sekali lagi tahun ni kene bertugas masa konvokesyen uniten ke 15. Bertugas sebagai wakil department masa perarakan akademik. Nampak gambar diatas Zoul dan Suki beratur sebelum masuk dewan.
 Nick, Puzah, Zue n Fara pun beratur belakang Zoul. Kami kene beratur dalam satu baris untuk duduk berdekatan. Kalau tak nanti member2 duduk barisan belah lain dalam dewan.
 Kat pintu masuk dah. Gamelan dah berbunyi untuk perarakan
 Majlis sedang berlangsung. Lama juga duduk tengok student ambik scroll. Kadang2 tergelak juga bila liha student tergelecok. Kes pakai kasut tumit tinggi dan gabra.
Jemu menunggu tu ada juga yang bersuweh2 dengan ipad, ipod, samsung dll. Saya n sukimang bawak buku membaca tapi mengantuk pulok...

Tuesday, November 6, 2012

Anugerah industri graduan...

 Sebelum konvo, ada satu dinner untuk menghargai pelajar cemerlang. Ia diadakan di hotel Equatorial Bangi. Saya kene hadiri majlis ni. Bergegas saya bertolak ke Bangi pada tengahari khamis bersama sukimang.
 Ni menu pencuci mulut. Manis rasanya. Selalunya kita cuci mulut dengan air dan lap dengan tisu.
Kene pakai batik malam tu atau baju kebangsaan. Saya pakai baju batik lama yg dibeli masa kat sahputra dulu. Masih padan lagi...

Monday, July 30, 2012

Tiada kreativiti selepas 55 tahun...?

Ini merupakan logo sambutan hari kemerdekaan Malaysia pada kali ini. Dengar cerita logo ini teruk dikritik oleh orang ramai termasuklah Presiden Persatuan Rekagrafik Malaysia, Zachary Ong. Katanya logo ini menonjolkan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional.

Selepas dikritik hebat, logo ni telah diganti ke logo 1Malaysia untuk sambutan kemerdekaan kali ini.

Lagi satu, apa kaitan slogan 'Janji ditepati' dengan hari kemerdekaan? Hmmm...

Thursday, June 14, 2012

Kursus Asas Rekrut Uniten...

Baru2 ni saya wakil TNC untuk ke perasmian kursus asas rekrut uniten. Terasa janggal pulak dalam gambar tu. Dalam celah2 orang pakai loreng, saya seorang je yang pakai baju putih hehehe...

Wednesday, November 30, 2011

Maal Hijrah...

Sempena dengan awal Muharram, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam KSHAS akan mengadakan Forum Sambutan Maal Hijrah 1433H yang akan diadakan pada:



Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam KSHAS menjemput dan mempersilakan tuan/puan dan seluruh warga kerja UNITEN untuk bersama-sama hadir pada majlis ini.

Semoga apa yang kita kerjakan senantiasa berada di bawah lindungan dan rahmayNya, insyaAllah.


Sekian, WASSALAM

Thursday, November 17, 2011

Program anak Angkat...

Baru2 ni bulan 9 ada program anak angkat kat Kg. Pangsenam. Pelajar2 dari Kolej Komuniti telah datang untuk menjadi anak angkat kepada beberapa penduduk kg. Pangsenam. Nama program ni ialah Program Silaturahim Siswa & Masyarakat
Menerima 4 orang anak angkat!!!


aktiviti mengecat pagar mesjid sambil bergambar


aktiviti mengecat dewan mesjid sambil bergambar
aktiviti memasak kenduri sambil bergambar

Majlis penutup sambil bergambar


Tuesday, October 4, 2011

Menembok...

Minggu lepas hari Sabtu saya bawok team Uniten untuk masuk pertandingan menembok anjuran kelab Cherry di Kem batu 5 Mentakab.


Pertandingan ni guna M16. Kita akan tembok piring. Walaupun lama dah tak menembok, skill tu masih ada hehehe... dapat tempat ketiga kategori team menang.



Wednesday, August 31, 2011

Friday, June 3, 2011

Mini MAHA 2011 Taman Pertanian Kuantan...

Kat Taman Pertanian Kuantan baru2 ni ada Mini MAHA 2011. Banyak hasil pertanian dijual disini. Saya juga berkesempatan pergi kesana. Ya Allah! Ramainya orang. Tak sangka ya, penduduk Kuantan sememangnya rindu akan program2 berfaedah seperti ini. Pintu masuk ke tapak Mini Maha
Tengoklah kereta yang berderet di kiri kanan jalan

Saya sempat juga membeli anak benih pokok kelapa pandan (RM8 sebatang) dan anak durian musang king (RM9 sebatang). Buah pisang pun saya beli RM2 sesikat (ada 6 biji). Produk2 dari kampung pun ada dijual seperti serunding, kuih dll.



Diharap program seperti ini akan kerap dianjur oleh pihak2 yang berkaitan di Kuantan ni.