Assalamualaikum...
Hari pertama di Sabah, selepas check in dan berehat sekejap, kami telah berjalan2 di pasar Filipina (langgaq la kabo). Macam2 barang dijual disini. Macam pasar Payang la kalau di Terengganu.
Ada jual ikan masin. Kat sini boleh beli ikan terubuk Sabah dan terubuk Sarawak. Kalau ikan saiz sederhana, RM8 untuk 3 ekor. Boleh lah kita beli untuk bawak balik ke semenanjung. Sirip ikan yu pun ada dijual. Harganya RM2500 untuk satu sirip.
Kat sebelah pasar ikan masin ada la gerai2 jual barangan cenderamata dan mutiara. Magnet peti ais dapatlah RM10 untuk 3 unit. Keychain pulak ada RM2... RM3 pun ada. Pendek kata macam2 lah barangan cenderamata ada dijual disini.

Barangan mutiara la yang banyak dijual. Ada gelang, rantai dan butang baju melayu. Harga boleh dirunding. Rajin-rajin lah menawar harga.
So, hari pertama ada jugalah kami memborong barangan disini. Walaupun pana telinga naik kapal terbang masih ada lagi namun masih gagah berjalan-jalan.
1 comment:
wah...aku punyer mana????
Post a Comment