Thursday, February 19, 2009

Taman Tunku Abdul Rahman...

Assalamualaikum...

Hari ahad petang, kami telah pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Kami ambil pakej untuk pergi ke tiga pulau sahaja iaitu pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Kami sewa satu bot maximum 12 orang. So, kalau pergi ramai, boleh la syer je bayaran untuk satu bot ni.


Boleh tahan gak lajunya bot ni dibawa. Kami menaiki bot dari Jeti Central Market, Kota Kinabalu. Perjalanan bot ke pulau pertama hanya memakan masa dalam 20 minit sahaja.

Ni Jeti di pulau pertama. Pemandu bot menunggu kami di bot manakala kami pula bersiar2 di pulau ni. So, kalau sesiapa yg nak pergi, jangan risau lah tentang takut ditinggal bot sebab bot tu akan tunggu kita untuk ke pulau seterusnya.

Kat jeti kita boleh tengok ikan hingga ke dasar. Nak bagi makan ikan pun boleh. Cuma perlu beli roti keras, RM3 sebotol.

Nak snorkeling pun boleh tapi kena bayar lah untuk sewa peralatan snorkeling.

Secara ringkasnya, di Pulau Manukan mempunyai kemudahan yang terbaik seperti calet yang cantik untuk kita bermalam serta tempat makan dan kemudahan barbeku berhampiran pantai.

3 comments:

Jankaulu said...

lawa gambar-gambar ni, terasa masingnya air laut...

madier said...

lawo....lawo...

Kak Ty said...

Assalamualaikum...

Banyak pertanyaan ni..

Brapa tambang bot ke pulau2 tu..?Brapa lama lak bot berenti di setiap pulau? Central market tu = pasar besar kota kinabalu tu ke ?