Assalamualaikum...
Hari ni hari jumaat. Tadi pergi sembahyang jumaat di Masjid kat Indera Mahkota. Masjid ni ada aircond dan terletak di kawasan perumahan orang-orang kaya. Ramai yang bersembahyang disini termasuklah pelajar sekolah menengah berdekatan.
Apa yang nak saya cerita disini ialah tentang sikap sesetengah jemaah yang masih hendak bercerita hal-hal dunia didalam masjid. Mentang-mentang la masjid ni masjid di perumahan dia, siap boleh berborak, bertepuk tampar dan mengacuh-ngacuh menarik kain lagi sesama mereka. Jemaah sebelah saya berborak tentang pinjaman di Maybank dengan suara yang agak kuat. Bila azan berkumandang, ingatkan dah berhenti tapi volume suara je diperlahankan. Entahlah...
Sepatutnya kalau nak berborak, bukan dalam masjid. Banyak lagi masa dan tempat untuk kita berborak. Sembahyang jumaat kejap je, dalam 90 minit je. Takkan masa yang sekejap tu pun nak berborak hal-hal dunia yang memang tak habis-habis. Saya bukan lah bagus sangat tapi saya rasa tak patutlah sepanjang masa kita ni nak ingat dunia je. Dalam sembahyang pun sokmo ingat dunia.
Apa pun, fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment