Wednesday, January 28, 2009

Kereta baru kena langgar...

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari jumaat, kokngoh datang ke Kuantan dengan Mok dan Boh sebab nak pergi kenduri kahwin kat rumah Cik (adik boh). Kenduri tu hari Sabtu. Mereka datang dengan kereta baru kokngoh, Honda City. Kereta ni baru je pakai tak sampai sebulan. Try gak membawanya, best, berbeza la dengan Proton Iswara aku ni.

Lepas kenduri, mereka terus balik ke Temerloh lalu ikut LPT. Dekat dengan susur keluar Maran, tiba-tiba kereta yang dipandu kokngoh telah dilanggar belakangnya oleh pemandu mabuk. Berhentilah mereka kat tepi jalan tu sambil telefon ke polis. Pemandu mabuk tu keluar juga dari kereta dengan terhuyung-hayang, terus melompat ke seberang longkang sambil buat-buat telefon.

Tak lama kemudian polis pun sampai. Polis periksa la kereta pemandu mabuk tu. Macam-macam jumpa. Kayu ada, cota pun ada. Periksa kat badan pulak, jumpa pisau rambo. Polis suspek dia ni mungkin Along atau ahli kongsi gelap.

Pastu, semua pergilah ke Balai Polis Maran. Kereta pemandu mabuk tu polis yang bawak. Honda City baru ni, still boleh jalan, bawak juga ke balai polis untuk buat report. Lepas habis buat report, barulah balik semula ke Temerloh.

Sekarang kereta baru tu ada di Temerloh. Nak hantar ke bengkel. Kemek sikit je kat belakang. Jumaat ni nak hantar ke bengkel sebab bengkel tutup lagi sempena cuti raya cina.

Walaupun kereta kemek tetapi alhamdulillah semuanya selamat. Tak ada mengalami kecederaan.

2 comments:

hisyamrahman said...

ALHAMDULLILLAH SEMUA SELAMAT

Mc Zue said...

takutnya.. geng2 along rupanya..