Tuesday, February 24, 2009

Gunung Kinabalu...

Assalamualaikum...

Pagi ahad, kami sepakat untuk pergi ke Gunung Kinabalu. Bukan nak mendaki tapi hanya nak ke kaki gunung je. Perjalanan memakan masa lebih 2 jam dari Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan, kita dapat melihat puncak gunung tersebut jika cuaca baik dan tidak berkabus.

Pintu masuk ke tempat mendakiTempat mendaftar sebelum mendaki. Rasanya ada jalan kenderaan berturap dari sini untuk ke tempat permulaan pendakian.
Pemandangan puncak gunung.
Alhamdulillah, cuaca baik. Dapatlah ambik gambo puncak gunung. Langgaq pun dah sahkan yang ni memang puncaknya. Maklumlah, takut tersalah ambik gambar puncak lain pulak.
Perjanan balik, cuaca berkabus dan berawan. Dah tak nampak dah puncak gunung. Nasib baik masa pegi dah dapat ambik gambor.

Friday, February 20, 2009

Pahang FM...

Assalamualaikum...
Koi selalu dengor Pahang FM terutama masa bawok kereta. Banyok rancangan menarik kat Pahang FM nih. Antara yang menarik ialah ceramah agama pukul 1.30 tengahari dan celoteh Ayoh Ngoh ngan Ayoh Teh dalam loghat Pahangnya. Pastu kadang2 diselang-selikan dengan lakonan pulok. Dejaynye pulok selalu bacakan SMS atau terima panggilan. Selalunya orang yang sama je hat ngantor dan call...pendengar setia la katakan. Koi pun ada register atas nama danny (no ahli:3333). Tapi koi jarang anto sms. Tamboh sedap lagi bila dengor lagu loghat Pahang yang diputorkan. Kat bawoh ni lirik lagu tajuk Makwe Koi. Kalau nok dengor Pahang FM, tukorlah siaran ke frekuansi 107.5.

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine
Makwe koi
Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati
Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok
Makwe koi
Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok
Makwe koi
Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi Nine sokmo ande
Makwe koi
Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati
Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine
Makwe koi
Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine
Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi

Thursday, February 19, 2009

Taman Tunku Abdul Rahman...

Assalamualaikum...

Hari ahad petang, kami telah pergi ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Kami ambil pakej untuk pergi ke tiga pulau sahaja iaitu pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Kami sewa satu bot maximum 12 orang. So, kalau pergi ramai, boleh la syer je bayaran untuk satu bot ni.


Boleh tahan gak lajunya bot ni dibawa. Kami menaiki bot dari Jeti Central Market, Kota Kinabalu. Perjalanan bot ke pulau pertama hanya memakan masa dalam 20 minit sahaja.

Ni Jeti di pulau pertama. Pemandu bot menunggu kami di bot manakala kami pula bersiar2 di pulau ni. So, kalau sesiapa yg nak pergi, jangan risau lah tentang takut ditinggal bot sebab bot tu akan tunggu kita untuk ke pulau seterusnya.

Kat jeti kita boleh tengok ikan hingga ke dasar. Nak bagi makan ikan pun boleh. Cuma perlu beli roti keras, RM3 sebotol.

Nak snorkeling pun boleh tapi kena bayar lah untuk sewa peralatan snorkeling.

Secara ringkasnya, di Pulau Manukan mempunyai kemudahan yang terbaik seperti calet yang cantik untuk kita bermalam serta tempat makan dan kemudahan barbeku berhampiran pantai.

Pasar Filipina...

Assalamualaikum...

Hari pertama di Sabah, selepas check in dan berehat sekejap, kami telah berjalan2 di pasar Filipina (langgaq la kabo). Macam2 barang dijual disini. Macam pasar Payang la kalau di Terengganu.

Ada jual ikan masin. Kat sini boleh beli ikan terubuk Sabah dan terubuk Sarawak. Kalau ikan saiz sederhana, RM8 untuk 3 ekor. Boleh lah kita beli untuk bawak balik ke semenanjung. Sirip ikan yu pun ada dijual. Harganya RM2500 untuk satu sirip.
Kat sebelah pasar ikan masin ada la gerai2 jual barangan cenderamata dan mutiara. Magnet peti ais dapatlah RM10 untuk 3 unit. Keychain pulak ada RM2... RM3 pun ada. Pendek kata macam2 lah barangan cenderamata ada dijual disini.



Barangan mutiara la yang banyak dijual. Ada gelang, rantai dan butang baju melayu. Harga boleh dirunding. Rajin-rajin lah menawar harga.

So, hari pertama ada jugalah kami memborong barangan disini. Walaupun pana telinga naik kapal terbang masih ada lagi namun masih gagah berjalan-jalan.

Wednesday, February 18, 2009

Langgaq hantar di airport...

Ni gambar terbaru langgaq. Masa ni dia datang ngan wife dia. Aku dah nak balik ke KL. Flight kul 330 petang.
Langgaq masih lagi segak. Perut dia belum boroi. Apa pun, terima kasih kepada Langgaq dan isteri atas layanan yang istimewa kepada kami. Semoga Allah membalasnya...

Sunday, February 15, 2009

Jumpa Kapten Langgaq di Sabah...

Assalamualaikum...

Hari ni dapat guna internet kat hotel. Menginap di Suite di hotel Prominade Sabah. Internet sini RM5 untuk setengah jam. Tapi tadi buat2 la muka kesian... dapatlah RM5 sejam.

Sepanjang berada di Sabah ni, Langgaq telah bermurah hati nak meminjamkan kereta dia untuk kegunaan disini. Gambar atas tu kelihatan Langgaq (pakai baju celoreng) sedang memasukkan barang kami kedalam kereta dia. Dia datang ke airport dengan isteri dia untuk menyerahkan kereta. Sebenarnya, aku suruh dia tolong cari kereta sewa tetapi, dia bagi kereta dia je. Terima kasih langgaq.

Tadi baru balik dari pulau naik bot. Esok nak ke Gunung Kinabalu pulak. Ok lah, nanti cerita di lain posting.

Friday, February 13, 2009

Takde Mood...

Assalamualaikum...

Aduh... Minggu ni takde mood langsung. Nak tulis blog takde mood. Nak masuk kelas pun takde mood. Nak tengok movie assignment student pun takde mood.

Ni semua gara-gara nak ke Sabah sok. Bercuti bersama keluarga. Maklumlah, ni lah first time naik kapal terbang. Tak terbayang macammana rasa naik kapal terbang ni. Adakah macam naik bas? Atau macam naik basikal?

Bagaimana pula keadaan disana? Makanan kat sana macammana? Dah seminggu dah terpikir je pasal Sabah ni. Hehehehe... Takpelah, Nanti dah balik nanti, akan saya ceritakan dalam blog ni keadaan disana sepanjang percutian 4 hari 3 malam.

Bagi yang sama-sama x-uum batch saya, insyaAllah saya akan jumpa Din Langgaq kat sana. Dah janji dah ngan dia.

Ok. Thanks

Wednesday, February 4, 2009

Catatan Dairi merekodkan Perubahan Zaman

Sekarang dan masuk bulan Februari 2009...cepatnya masa berlalu. Biasanya kehangatan menulis dairi telah mula beransur suam-suam kuku. Namun begitu, fungsi dairi hari ini telah digantikan dengan catatan-catatan dalam tulisan berbentuk blog....cuma yang berbeza, blog boleh dibaca oleh orang ramai manakala dairi hanya untuk catatan peribadi sahaja.

Tergerak untuk membicarakan tajuk di atas adalah disebabkan saya baru selesai mentelaah buku Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik susunan Abd.Rahman Hj. Ismail terbitan DBP. Bukan nak ulas sepenuhnya buku tersebut cuma nak petik satu hakikat sebenar para pengkaji sejarah. Buku tersebut merumuskan bahawa amat-amatlah sukar untuk mencari bahan sejarah berbentuk tulisan(sumber) bagi menghuraikan tentang sejarah Tanah Melayu/Malaya semasa Kerajaan Melayu Melaka.

Berbalik kepada dairi tadi....rajin-rajinlah menulis & merekodkan peristiwa secara jujur agar anak-anak kita di masa akan datang dapat belajar & manfaat daripanya sekiranya mereka ingin tahu tentang sejarah keturunan atau keluarga. Sebab siapa lagi yang akan mencatatkan pengalaman-pengalaman keluarga kalau bukan bermula dari KITA.

Bangsa yang maju adalah bangsa yang belajar dari sejarah dan sejarah itu ditulis oleh KITA untuk bangsanya/keturunannya pada masa akan datang.