Thursday, January 15, 2009

Pening kepala...

Assalamualaikum...

Hari ni ada masa sikit nak menulis dalam blog ni. Kali ni nak cerita pasal pening kepala. Sejak akhir-akhir ni saya kerap mengalami pening dan sakit kepala terutama selepas memandu kereta dalam jarak yang jauh.

Masa bercuti ke Kelantan dan Terengganu dulu pun saya mengalami sakit kepala bila memandu. Berdenyut2 di dahi. Begitu juga bila memandu ke Kuala Lumpur pada awal tahun ni, sakit juga kepala. Di sana saya ke Kelang pula dari Batu 3 Shah Alam, pening gak kepala walaupun jarak perjalanan tu tak jauh. Masa balik dari KL ke Pangsenam, kami singgah di Janda Baik, sakit juga kepala.

Setelah memikir secara mendalam dan atas nasihat keluarga, saya cuba la pergi periksa mata di kedai cermin mata. Mula-mula hari selasa baru-baru ni cek kat Kuantan Parade. Dia bagitau saya rabun jauh. Bacaannya ialah negative 1.25. So, semalam decide la nak buat cermin mata. Pergi ke kedai Focus Point di Carefore. Cek sekali lagi mata, kali ni lebih detail. Keputusannya mata kanan silau dan mata kiri rabun jauh. Jadi, saya pun buatlah cermin mata dan siap sejam kemudian.

Maka, pada hari semalam juga saya telah menjadi seorang yang memakai cermin mata semasa memandu. Hasilnya belum tau lagi sebab belum memandu jauh. Tetapi penglihatan menjadi lebih terang dan jelas. Namun, masa ambil cermin mata tersebut, saya menjadi sakit kepala pula kerana bilnya RM372!. Ceh! baru je kuar duit kat teller di K4... dah kena bagi kat Focus Point pulak.

8 comments:

Jankaulu said...

aku pulak tiba-tiba naik pening kepala 6 bila fikir bila kau pakai spek adakah kehandsomeman kau melebihi aku? atau aku tetap menjuarai carta...he he he.

danny said...

bila aku sarung je salah satu spec tu, terus je jurujual tu kabo aku ni nampak cam cikgu.

Jankaulu said...

nampaknya jurujual tu lah yang kena pakai spek, he he he.

danny said...

jurujual tu memang dah pakai spec

Jankaulu said...

mungkin power dia kurang kot?

madier said...

hehehe..mana gambor gaya cikgunye nan?cikgu ilmu hisab ke ilmu alam?hehehe..

nak tgk jugok mung masa pakai spek....hehehe

Tanjung Bungor said...

Okey lah tu....elok lagi ko tempah yg atas gelap sikit bacam M Daud kilau...Macam Hail Amir kahkahkah...! Ha..yg tu bini kau pulak sakit kepala....heheheh

wawadave said...

welcome to the club!!