Pada hari ketiga di Madinah, kami telah pergi melawat ke gua uhud. Gua ini terletak di bukit uhud iaitu bukit yang dijanjikan akan berada di syurga.
Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari) |
Semasa perang uhud berlangsuang, Nabi Muhammad SAW telah tercedera. Baginda dan para sahabat telah berlindung di gua ini.
Ini merupakan tapak lokasi runtuhan Masjid Tikar |
Dalam perjalanan menuju ke gua uhud, Saidatina Fatimah telah membersihkan luka-luka pada Rasullullah SAW. Saidatina Fatimah telah membakar tikar dan abunya disapu pada luka2 Rasullullah SAW. Kawasan tersebut kemudiannya didirikan Masjid Tikar.
Lokasi gua ini strategic kerana Nabi Muhammad SAW dapat melihat pergerakan musuh samada musuh bergerak ke Madinah atau ke Mekah. |
Untuk menuju ke gua uhud, kita terpaksa berjalan melalui rumah2 penduduk tempatan.
Pendakian ke gua Uhud.
Tempat bersimen di pangkal batu tu dikatakan tempat Nabi Muhammad SAW meletakkan serbannya yang berdarah semasa menuju ke gua Uhud.
No comments:
Post a Comment