Selepas pergi ke medan magnet, kami menuju ke kompleks percetakan Al-quran tetapi malangnya apabila kami sampai, ia telah ditutup. Ia akan dibuka semula selepas zohor. So, kami hanya singgah sahaja diluar kompleks tersebut...
Monday, April 28, 2014
Thursday, April 24, 2014
Selasa: Ke Medan Magnet...
Wednesday, April 23, 2014
Selasa: Pergi ke gua uhud...
Pada hari ketiga di Madinah, kami telah pergi melawat ke gua uhud. Gua ini terletak di bukit uhud iaitu bukit yang dijanjikan akan berada di syurga.
Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari) |
Semasa perang uhud berlangsuang, Nabi Muhammad SAW telah tercedera. Baginda dan para sahabat telah berlindung di gua ini.
Ini merupakan tapak lokasi runtuhan Masjid Tikar |
Dalam perjalanan menuju ke gua uhud, Saidatina Fatimah telah membersihkan luka-luka pada Rasullullah SAW. Saidatina Fatimah telah membakar tikar dan abunya disapu pada luka2 Rasullullah SAW. Kawasan tersebut kemudiannya didirikan Masjid Tikar.
Lokasi gua ini strategic kerana Nabi Muhammad SAW dapat melihat pergerakan musuh samada musuh bergerak ke Madinah atau ke Mekah. |
Untuk menuju ke gua uhud, kita terpaksa berjalan melalui rumah2 penduduk tempatan.
Pendakian ke gua Uhud.
Tempat bersimen di pangkal batu tu dikatakan tempat Nabi Muhammad SAW meletakkan serbannya yang berdarah semasa menuju ke gua Uhud.
Monday, April 21, 2014
Tuesday, April 15, 2014
Ditauliah semula (Recomm)...
Monday, April 14, 2014
Isnin: Pasar Kurma...
Friday, April 11, 2014
Isnin: Ziarah ke Bukit Uhud...
Dalam pagar tu merupakan perkuburan syuhada Uhud |
Pada hari kedua juga kami telah berziarah ke bukit uhud. Disinilah berlakunya peperangan Uhud diantara orang islam dengan orang kafir Mekah.
Mutawwif Ustaz Hazwan bercerita serba sedikit tentang kisah peperangan Uhud. |
Peperangan Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar.
Kawasan perkuburan syuhada Uhud. Ia dipagar rapi...
Sayup2 tu merupakan Jabal Arrumah atau bukit pemanah. Disitulah dikatakan tentera pemanah diletak oleh Nabi Muhammad.
Ramai orang mendaki bukit pemanah ni. |
Bukit pemanah
Disini pun ada gerai2 jualan |
Wednesday, April 9, 2014
Mutawwif Ustaz Hazwan safwan...
Saya bersama pembimbing atau mutawwif andalusia sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Beliau ialah Ustaz Hazwan Safwan. Muda lagi orangnya...
Isnin: Melawat ladang kurma...
Pintu masuk ke kedai kurma. |
Selepas berziarah di masjid Quba dan bersolat disana, rombongan kami pergi pula ke ladang kurma.
Macam2 buah kurma boleh beli disini. Coklat pun ada. Kat sini kita boleh makan sesuka hati... semuanya free. Nak bawak balik kene beli n bayar.
kurma Ajwa ada yang berharga 80 riyal sekilo dan ada juga 100 riyal sekilo
Luar kedai ada lading kurma. Kita boleh bersiar2 didalam ladang ni sambil bergambar.
Tuesday, April 8, 2014
Isnin: Ziarah Masjid Quba...
Pada hari kedua di Madinah, kami dibawa ke masjid Quba.
Kami berziarah dan sembahyang sunat disini.
لا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]
Subscribe to:
Posts (Atom)