Wednesday, May 11, 2011

Audit QE...

Hari ni ada lawatan dan pemantauan dan auditQE. Saya kene pastikan bilik saya bersih dan kemas mengikut kriteria 5S (Sisih, susun,sapu, seragam, sentiasa amal). Letih dan cerewet juga dibuatnya. Selain dari bilik sendiri, saya kena pastikan juga zon yg dipertanggungjawabkan kepada saya juga menepati kriteria 5S.


SISIH


Saya kene sisihkan barang2 saya dan simpan barang yag perlu sahaja. Yang tak perlu harus dibuang. Contohnya kalau ada katil bujang dalam bilik saya, maka saya kena sisihkan (buang) ia sebab ia tak perlu untuk tujuan proses kerja.


SUSUN


Saya kene susun keadaan bilik saya mengikut proses kerja. Susunannya mestilah ergonimik supaya mudah dicapai dan memudahkan kerja. Contohnya kalau komputer saya, saya letak atas lantai sebab saya menaip sambil meniarap maka saya kene susun semula komputer tu atas meja komputer supaya memudahkan proses kerja saya.


File2 dan buku saya kene susun tegak2 dan cantik. Tak boleh bercampur2 antara buku dan file tu. Kasut dan selipar pun kene bersusun rapi diraknya, bukan di bawah meja.


SAPU


Saya kene sapu tempat kerja saya supaya bersih seperti keadaan bilik pameran. Cuba tengok bilik pameran kereta, kan bersih gitu. Kat sini, saya selalunya panggil mokcik cleaner untuk mevacume dalam bilik. Mokcik ni rajin. Siap dia lap atas meja, buang taik cicak n taik lipas, lap cermin dll.


SERAGAM


Saya kene seragamkan semua tindakan Sisih, Susun dan Sapu. Aktiviti ni kene buat selalu. Bukannya masa auditor QE nak datang je kita buat. Lepas sisih kita susun, lepas susun kita sapu. Bergitu lah seterusnya sampai abang Jamil mampus... setuju?


SENTIASA AMAL


Ni yang payah ni. Saya kene sentiasa amal kriteria 5S ni. Kene disiplinkan diri. Tak boleh lagi menaip sambil meniarap. Kriteria ni selalunya saya fail!

No comments: