Monday, May 30, 2011

Dapat bapok kera...

Ni kera kelima yang dapat ditangkap. Kali ni dapat bapok kera. Kuat ngat dia melawan. Takut menengoknya.


Keseluruhan sehingga hari ni dah 6 ekor kera dapat ditangkap.

Monday, May 23, 2011

Dapat 3 ekor kera...

Tadi balik kerja tengok perangkap takde kera. Dah 3 hari pasang kera masih belum berjaya ditangkap. Masuk rumah, bukak tv... sedang syok tengok tv sambil berehat tiba2 dengar 'degung degang' kat perangkap. Rupa2nya kera sedang berpesta memakan umpan pisang. Ada yang dah berada dalam perangkap dan ada yang masih diluar.


Hasilnya, hari ni ada 3 ekor terperangkap dalam perangkap tu. Nok ambik gambo ni punyalah payoh. Perangkap tu dah lah tinggi. Saya pakai tripod dan julang kamera tu setelah setkan timer pada kamera. Ni je yang terbaik dapat disnap.


Esok perhilitan akan datang ambik kera ni dan isi lagi umpan. Rasanya ada berbelas ekor lagi untuk ditangkap.

Friday, May 20, 2011

Perangkap kera...

Kat area rumah saya selalu didatangi kera. Habis semua tong sampah di taman ni diselongkarnya. Tong sampah yang bertutup dan ditindan dengan batu pun dia boleh bukak. Bila sampah dah berterabur, pihak berkuasa tempatan (MPK/Alam flora) pun tak kutip sampah tu. Kera selongkar tong sampah
kera memanjat pagar


kera meniti wayar eletrik



saya telah buat aduan dengan Perhilitan atas masalah ini. Pihak perhilitan telah datang kerumah untuk memasang perangkap kera.




ni perangkapnya di laman rumah saya. Harap2 semua kera ni dapat ditangkap

Tuesday, May 17, 2011

Matahari Merah...

Gambar ni diambil waktu petang bila matahari nak terbenam. Keluar je rumah tertengok ke arah matahari, merah kalernya mungkin efek sebab asap jerebu.


Terus cepat2 masuk umah dan capai kamera. Tak sempat nak setting apa2 pada kamera terus je snap. Sempat tukar lens Tamron AF70 - 300mm je. Tak sampai seminit, matahari pun terbenam.


Maka, inilah hasilnya dari jurufoto amatur.

Wednesday, May 11, 2011

Audit QE...

Hari ni ada lawatan dan pemantauan dan auditQE. Saya kene pastikan bilik saya bersih dan kemas mengikut kriteria 5S (Sisih, susun,sapu, seragam, sentiasa amal). Letih dan cerewet juga dibuatnya. Selain dari bilik sendiri, saya kena pastikan juga zon yg dipertanggungjawabkan kepada saya juga menepati kriteria 5S.


SISIH


Saya kene sisihkan barang2 saya dan simpan barang yag perlu sahaja. Yang tak perlu harus dibuang. Contohnya kalau ada katil bujang dalam bilik saya, maka saya kena sisihkan (buang) ia sebab ia tak perlu untuk tujuan proses kerja.


SUSUN


Saya kene susun keadaan bilik saya mengikut proses kerja. Susunannya mestilah ergonimik supaya mudah dicapai dan memudahkan kerja. Contohnya kalau komputer saya, saya letak atas lantai sebab saya menaip sambil meniarap maka saya kene susun semula komputer tu atas meja komputer supaya memudahkan proses kerja saya.


File2 dan buku saya kene susun tegak2 dan cantik. Tak boleh bercampur2 antara buku dan file tu. Kasut dan selipar pun kene bersusun rapi diraknya, bukan di bawah meja.


SAPU


Saya kene sapu tempat kerja saya supaya bersih seperti keadaan bilik pameran. Cuba tengok bilik pameran kereta, kan bersih gitu. Kat sini, saya selalunya panggil mokcik cleaner untuk mevacume dalam bilik. Mokcik ni rajin. Siap dia lap atas meja, buang taik cicak n taik lipas, lap cermin dll.


SERAGAM


Saya kene seragamkan semua tindakan Sisih, Susun dan Sapu. Aktiviti ni kene buat selalu. Bukannya masa auditor QE nak datang je kita buat. Lepas sisih kita susun, lepas susun kita sapu. Bergitu lah seterusnya sampai abang Jamil mampus... setuju?


SENTIASA AMAL


Ni yang payah ni. Saya kene sentiasa amal kriteria 5S ni. Kene disiplinkan diri. Tak boleh lagi menaip sambil meniarap. Kriteria ni selalunya saya fail!

Monday, May 9, 2011

Majlis Dr. Baha...

Dr. Baha dah last day di Uniten ni. Sebagai Department members, kami sepakat untuk meraikan (makan2) beliau di Lanjut Beach Resort, Rompin.

Monday, May 2, 2011

Osama Ben Laden Meninggal dunia...

Bandingkan...

Akhirnya Osama tewas...,

Innalillah wainna ilahirojiun