Assalamualaikum...
Ingat tak ustad Ijud? Yang sama2 kerja di Kolej Shahputra dulu? Rasanya sape2 yang pernah kerja di Shahputra mesti kenal dia. Sekarang dia kerja di Maran sebagai Imam Besar Masjid Maran.
Tadi ada nampak dia terbongkok2 hormat masuk ke masjid Muadzam. Pakai baju melayu ijau, bersampin dan berkopiah putih. Rupa2nya hari ni dia dijemput khas untuk membacakan khutbah jumaat di Masjid Muadzam. Nak tergelak pulak tengok dia baca khutbah hehehehe...
Antara isu yang dikupas adalah budaya membaca dikalangan masyarakat. Beliau tekankan pentingnya membaca didalam kehidupan kita bersandarkan Surah Iqra'. Digalakkan juga setiap rumah mempunyai mini library sendiri. Kalau kawan2 nak tengok mini library dikalangan kita yang hampir siap, pergilah ke rumah sukiman (jankaulu). Banyak buku dan rak di salah satu bilik dirumah dia.
Berbalik kepada Ustad Ijud tadi, pada pandangan saya, dia memang ada ketokohan untuk menjadi imam dan khatib. Mungkin disebabkan latar belakang pendidikan dia di Timur Tengah dan keluarganya yang tersohor.
Inilah saat pertama koi mendengar khutbah yang dibaca oleh kawan sendiri...
6 comments:
alamak rasa bangga pulak, eh berdosa ke?
hehehe. sape tak bangga member jadi imam jemputan tapi khutbah yg dia baca tu standard je kat mana2 masjid. ikut teks.
huhuuhuhu..... tol tol ... tp jangan jadi mini library sekadar hiasan pas tu rak rak sebagai perangkap habuk...
perghhh!!!sesekali al sifu zam bersuara mengalahkan imam masjid IM 2...
suh ahli jemaah semua ganti solat...he he he,,gurau je
terkenang bini ijut...
Post a Comment