Assalamualaikum...
Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tidak disangka di depan mata saya. Umpama drama swasta.
Saya dalam perjalanan ke blok AB (nak melawat Suki) merentasi parking lot. Baru je menapak keluar dari blok AA (blok saya) tiba-tiba sebuah Perodua kelisa dengan laju masuk ke parking lot dan terus brek dengan ganas.
Keluar seorang lelaki dari pintu depan belah penumpang. Gayanya macam student. Laju je dia berjalan ke kereta dia (rasanya MyVi Merah) di sudut lain parking lot.
"Cepat la!!!" tiba2 dengar jeritan dari kereta kelisa tadi. Laa... perempuan rupanya, mungkin awek lelaki ni. Jeritannya bergema di seluruh parking lot tu.
"Sabar la!!!" lelaki tu pulak menjerit sambil masuk kedalam kereta dia. Saya masih menapak sambil tu menoleh juga ke belakang kot dapat tengok babak selanjutnya.
Mungkin sebab lama sangat menunggu dalam kereta, awek ni keluar dari kereta dan berlari ke kereta lelaki ni. Lelaki ni mungkin mengunci pintu kereta dia sebab awek dia mengetuk2 tingkap sambil terjerit2.
Saya dah sampai di blok AB, cepat2 naik tangga dan terus melepak kat koridor sebab nak tengok babak seterusnya. Masa tu kata dalam hati, kalaulah ada kamera, boleh ambik gambo. Hehehe...
Rupa2nya masa saya naik tangga tadi, awek ni dah berlari ke kereta dia. Mengaum bunyi enjin kereta dia masa dia memecut kereta dia ke depan kereta lelaki tadi. Ingatkan nak langgar kereta lelaki ni. Nasib baik tak. Dia parking depan kereta lelaki ni je bagi menghalang kereta lelaki ni dari bergerak.
Lagi sekali awek ni keluar dari kereta dia dan menghentak2 enjin kerata lelaki ni sambil terjerit2. Betul2 macam drama swasta. Saya masih lagi memerhati dengan khusyuk. Terpaksa tangguh dulu perjalanan ke bilik suki ni. Ye lah kan, kalau apa2 terjadi, mungkin saya boleh jadi saksi.
Tiba2 awek ni meluru berlari ke kereta dia. Rupa2nya lelaki ni nak keluar dari kereta dia. Dan yang ni saya rasa kemuncak bagi drama ni sebab lelaki ni buat flying kick ke pintu kereta awek ni. Kemek kat pintu kete tu.
Lepas keretanya kena flying kick, terus awek ni memecut meninggalkan tempat kejadian. Di follow juga oleh lelaki ni dengan ketenya. Pastu saya tak tau apa yang berlaku seterusnya...
Itulah drama berbabak-babak yang berlaku didepan mata saya 2 minggu lepas sebelum puasa. Sebijik macam drama swasta.
Moralnya kat sini ialah kalau marah kat orang, jangan terajang kereta yang tak bersalah. Hehehe...
5 comments:
agak-agak apa yang nak dibincangkan oleh pelajar perempuan tu ya?
yang lelaki pulak macam tak nak bertanggungjawab je...
semuga mereka dapat menyelesaikannya dengan cara baik...sempena bulan baik
allahualam...
mula2 baca td ingatkn lelaki tu kuar tergesa2 nk tahan keta myvi putih yg terundur dr parking... hehehe
ok la dia fly kick kat pintu..sekurang2 nye sakit gak kaki tuh....
Budak2 zaman sekarang dah hilang rasa malu....
drama terakhir saya lokasinya di Pejabat Pos Muadzam, he he he
Post a Comment