Tahniah kepada sekoloh aku kerana menyambut Jubli Perak semalam kat Jerantut. Aku tak dapat hadir. Baca berita je dalam paper. Ni petikan berita hari ini dalam Kosmo!
JERANTUT - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak dapat menahan kesedihan baginda ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini semalam.
Baginda mula kelihatan sebak sebaik saja bertitah mengenai nama sekolah berkenaan yang diambil sempena nama Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad.
"Seribu makna buat saya sebab sekolah ini mengambil nama sempena nama Tengku Ampuan Afzan, isteri saya yang dikasihi," titah baginda.
Sebaik saja menitahkan ayat tersebut, Sultan Ahmad Shah berhenti seketika dan mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya sebelum kedengaran esakan kecil disusuli dengan genangan air mata di kelopak mata baginda.
Keadaan itu berlarutan lebih kurang seminit, menyebabkan hadirin dalam dewan sekolah turut hiba seolah-olah memahami kerinduan baginda kepada Allahyarhamah isterinya yang mangkat pada tahun 1988 itu. - Bernama
sumber: Kosmo!
1 comment:
Rindu itu menghiasai kamar hati..pasti tak daya baginda menahannya...
maka air mata tergenang...
semoga baginda sihat sejahtera selalu.
Post a Comment