Thursday, September 25, 2008

Duit Raya...

Lupa nak bagi duit raya. Nah! Ambik duit raya ni RM100 sorang. Buat belanja balik kampung nanti ye. Belanja lah dengan berhemah. Jangan boros pulak sebab takut lepas raya nanti takde duit. So, beringat-ingat lah ye. Duit raya ni aku bagi sekali je. Lepas raya tak bagi dah, tunggu gaji je lah. Eh!, zakat fitrah jangan lupa bayar ye...

Wednesday, September 24, 2008

S E L A M A T H A R I R A Y A . . .

Assalamualaikum, memandangkan esok last day bekerja sebelum cuti beraya dan takut pulak sibuk tak sempat nak menulis maka, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri saya atau tidak. Begitu juga, ucapan ini ditujukan kepada pengunjung blog ini termasuklah yang tersesat masuk ke sini. Blog ini akan kembali meneruskan aktivitinya pada 6hb Oktober 2008.

Kepada mereka yang balik beraya, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Jika mengantuk, singgahlah di Petronas untuk minum kopi percuma (saya selalu singgah kat Petronas Gambang, LPT). Kepada yang beraya di perantauan, buat-buatlah sendiri ketupat, lemang dan sate.

Di kesempatan ini juga, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan samada perlakuan, percakapan dan penulisan. Jika ada kesempatan, singgahlah di PANGSENAM.

Justeru itu saya berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah dan selamat sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih.

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Berbuka Puasa...

Ni gambor-gambor majlis berbuka puasa pada Sabtu lepas. Berbuka di Nokis je. Bayaran RM15 seorang. Kalau buat kat hotel, mahal sangat. Taknak la terlibat sama dalam pembaziran di bulan ramadan. Aktiviti ni last minit punya perancangan. Miting pun secara SMS je. Korum miting 3 orang je. Sorang di Nokis, sorang di Gerai Che Yah dan sorang lagi di Muadzam. So, bayangkan lah bagaimana miting tu di buat.
Ni meja orang lelaki. Ustad madi, gedik dan pazullah tak dapat datang. Nasib baik ada noormad, dia la jadi tok imam membacakan doa berbuka puasa.
Tengok makanan kat meja ni... habis licin.
Meja ni ada ramai bebudak.
Bergambar sebelum bersurai. Tapi jeha dah balik dah, laki dia jemput.
Oh ya, makanan berbuka puasa ialah ikan bawal 3 rasa, sup tulang, telur dadar, ayam berempah, sayur campur, buah dan nasik putih. Air pulak, masing-masing order sendiri ikut citarasa. Ok la untuk kali ini. Kalau ada kekurangan, kami mintak maaf. Pada anjuran akan datang pula, kiman memberi cadangan supaya diorganise oleh orang lain pulak. Nama yang dicadangkan oleh dia ialah Azniza dan Anis. So, banyak masa lagi ni untuk memikirkan tempat...

Mercun...

Dekat2 nak raya ni teringat masa kecik2 dulu main mercun. Meriah sungguh pada masa tu. Macam-macam jenis mercun ada. Mercun papan, katak, gasing, roket, mercun lidi, mercun tarik dan lain-lain lagi. Harga pun murah pada masa tu, seingat aku RM1 untuk 12 batang mercun lidi. Tapi, murah2 pun nak mencarik RM1 tu yang payah.

Tapi sekarang, dah tak merasa nak main mercun. Maklumlah, kerajaan dah haramkan mercun ni. Pengharaman oleh kerajaan pun bersebab. Kita tak boleh salahkan kerajaan. yang kita patut salahkan ialah para 'makhluk' yang menyalahgunakan mercun ni. Makhluk ni lah yang telah menarik keseronokan bermain mercun ni dari kita. Seingat aku la, aku dulu takdelah nak membuat mercun sendiri. Tak la pulak mencari batang paip untuk dibuat mercun. Paling ganas pun dulu, letak mercun dalam kereta mainan... kasik meletup. Paling nakal pun, ikat mercun tarik kat selipar orang.

gambar hiasan

Bila tengok rampasan mercun, terasa la nak bermain semula. Tapi, dalam pada haram tu pun, ada lagi makhluk2 yang putus jari dan cedera disebabkan mercun. Nampaknya, lambat lagi la kerajaan nak tarik balik pengharaman mercun ni. Maknanya, setiap raya takdelah aktiviti main mercun lagi...

Sunday, September 21, 2008

Berbuka puasa dan zakat fitrah...

Alhamdulillah, semalam dapat berbuka puasa dengan kawan-kawan. Berbuka kat Nokis je. Bayar la RM15 seorang. Lepas la hajat masing-masing pada bulan puasa tahun ni nak berbuka sesama kawan-kawan. Nantilah akan cerita tunjukkan gambar.

Petang tadi pulak berjaya laksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat fitrah. Bayar kat Masjid Negeri, sebelum round pasar ramadan. Tahun ni kat negeri Pahang nilainya ialah RM7.30 seorang. Nilainya meningkat mungkin kerana harga beras telah naik. Bayar untuk berdua tadi. So, kena RM14.60. Bagi sesiapa yang belum membayar tuh... silalah bayar ye. Sibuk sangat shopping kang terlupa pulak.

Thursday, September 18, 2008

Cuti Raya...

Alhamdulillah, majikan tempat saya berkerja telah bermurah hati untuk memberi cuti raya bermula 26hb September hingga 5hb Oktober. Maknanya, cuti start Jumaat minggu depan, kemudian 6hb start semula kerja. Kalau student dah balik semula, ada lah kelas. Selalunya, student ni tak balik lagi. Alasannya ialah tiada tiket bas. Untuk kelas sebelum balik raya ni pun dah ada student datang bagitau yang dia tak masuk kelas hari Khamis minggu depan sebab dah balik ke kampung hari rabu. Alasan yang sama, tiada tiket bas. Hmmm...

Tahun ni saya beraya di Pekan. Kemudian pada hari raya kedua, akan balik ke Pangsenam. Sesiapa yang nak datang, anda dialu-alukan. Boleh la makan kuih raya, ada lah buat sikit-sikit. Beli pun ada. Lemang pulak mungkin buat kat Pekan. Ketupat pun mungkin buat.

Kat Temerloh tahun ni, semua yang berkahwin balik hari raya kedua. Maknanya pagi raya hanya ada boh, mok, kokngoh dan abang je. Raya kedua pasti bena la kat sana. Pasti ada makan besar dan aktiviti bila semua balik. Yang pasti tahun ni nak bergambar beramai-ramai. Adek dah utarakan cadangan ni. Nampaknya dia la kena sediakan peralatan dan persiapan lampu. Yang penting, semua orang kena bawak balik baju raya masing-masing.

Makanan pula? Pastinya rendang daging dan gulai ayam kampung. Kalau sempat, buat lagi lemang kat Pangsenam ni. Dodol? Tak buat rasanya sebab agak rumit. Rasanya last buat dodol pada tahun 2002 dulu. Ketupat? mungkin ada lagi lebihan hari raya pertama.

Aktiviti berziarah ke rumah saudara mara pasti dilakukan pada hari raya ni. Rumah yang akan diziarahi ialah rumah wan, mok tang tipoh, aki de, arwoh tok ki, ayoh wa dan mim ya ya. Kalau dan, banyak lagi rumah boleh pergi.

Ok la. Nanti dah habis raya, saya cerita pasal raya tahun ni pulak. Oh ya, sekadar peringatan, kita ni dah nak masuk 10 hari terakhir Ramadhan, maknanya lipatkan lagi ibadat kita untuk mencari malam 1000 bulan. Dan satu lagi... dah berzakat fitrah ke belum?

Tuesday, September 16, 2008

Nisan Kabung...

Seperti yang dijanjikan, koi nak citer sikit cara-cara buat nisan kabung. Koi pun try-try je buat. Masa te ada la dekat2 dua jug air kabung lebihan berbuka puasa. Letakkan air tu dalam periuk. Unggunkan api bawoh tungku. Letakkan periuk tadi keatas tungku. Lepas te, kawal-kawal je lah api.

Sambil2 te, kacau la air kabung tadi sesekali. Tengok-tengokkan jugek unggun api. Kalau dah nak padam, sorong lagi kayu api... kasi api besar.

Dekat-dekat dua jam, kaler air kabung tadi dah bertukar keperang-perangan. Kelikatan dia akan bertambah. Kacau2 la sikit. Masa ni kena bersedialah nak angkat. Kalau tak, ia akan jadi gula kabung... keras. Gula kabung pun ok jugek, boleh buat campuran dalam dodol.

Dah siap pun. Boleh dah angkat dan sejukkan. Oh ya, nak makan dengan apa? Kalau kat Pangsenam ni, nisan kabung ni makan colek ngan roti, ubi rebus atau pisang rebus. Pergh! bapok sedaknye. Kalau tak percaya, boleh try. Ande sesiapa nak rasa? Kat umah koi ande sebotol dalam peti ais. Kalau nok, kabor lah.

Duku Johor...

Lupa pulok nok cerita. Masa minggu pertama pose dulu, koi balik ke Pangsenam. Masa merayap kat kebun, baru la koi perasan yang duku johor baru nok masok. Koi pun petik la, mok koi kabor, ande dah yang manisnye... boleh la makan lepas berbuka.
Mengikut firasat koi, duku johor kat kebun koi ni akan masak sepenuhnye dekat2 nok raye nanti. Maknenye, koi beraya nanti berkuihkan buoh duku johor. Kalau ande kengkawan yang nok beraya ke rumah koi, boleh la merasa buah duku johor nih.
Duku johor ni berbeza sikit ngan langsat, duku dan dokong. Kulit duku johor ni keras. Isinya kenyal, tak lembik macam langsat. Saiznya agak besar, kadang2 sebesar bola golf. Masa muda ia berwarna hijau. Bila masak ia bertukar warna kuning keoren-orengan.
Lebat kan? Kat kebun ayoh koi ni ande lah 3 batang pokok duku johor ni. Pokok dokong je yang banyak...dalam 15 - 20 batang. Lebat ngat buahnye. Kalau hari panas sangat, buah ni akan pecah dan rosak. Nasib baik tahun ni tak... alhamdulillah. Pokok ni rendah je. Boleh capai ngan tangan je.

Monday, September 15, 2008

GILA-GILA 1978...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dapat majalah GILA-GILA tahun 1978. Majalah ni telah dijilid dari bilangan 6 hingga 27. Maknanya, untuk keluaran awal, cuma bilangan 1 - 5 sahaja tiada dalam simpanan saya.

Pada hari tersebut kira rezeki saya murah lah. Bukan setakat yang tahun 1978, tetapi yang tahun1983 pun berjaya dibeli. Kosnya? Rahsia la. Kalau dikira faktor usia dan nilai majalah ni, harga yang dibayar boleh dikira murah. Saya terpaksa ke bank untuk mengeluarkan duit untuk membayar pada masa itu juga walaupun penjual tu janji untuk simpan hingga saya bayar pada minggu seterusnya. Tak sanggup saya untuk membiarkannya walaupun seminggu kerana manalah tau ada orang offer harga lagi tinggi pada penjual tu... tak ke melepas?.


Sekarang, ada lagi GILA-GILA lama yang saya tengah cari bilangannya. Kebanyakkannya yang lama-lama. Mana yang dah cukup setahun, saya jilidkan ia dengan kos RM25 sejilid. Gambar atas ni menunjukkan majalah yang telah berjaya saya jilid termasuklah dalam koleksi tersebut ialah GILA-GILA 1978 dan 1983. Oklah, jika anda ada GILA-GILA lama dan ingin menjualnya, boleh hubungi saya.

Wednesday, September 10, 2008

Taman Tamadun Islam...

Di kesempatan melawat Terengganu dulu, saya sempat juga melawat ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wau Man, Losong. Ia terletak bersebelahan dengan Masjid Kristal.

Taman Monumen TTI ini menawarkan kita satu pengalaman yang unik. Ia memaparkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.

Bayaran tiket untuk orang dewasa ialah RM10. Kanak-kanak pula RM5. Warga emas yang berumur lebih 60 tahu pun RM5. Selepas bayar tiket, kita akan diberi satu pasport dan peta yang menerangkan keseluruhan taman tersebut.

Antara perkara menarik yang boleh kita lakukan disini adalah menonton tayangan video di monumen, mencuba permainan skrin sentuh, membeli di kedai cenderamata dan melihat barangan yang dipamerkan di galeri setiap monumen. Ni ada sedikit gambar disana...

pintu masuk...
Monumen Masjid Negara Malaysia. Scale 1:9
Monumen Kubah As Sakhrah, Palestin. Scale 1:4
Monumen Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Monumen Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia. Scale 1:6
Monumen Masjid Mohd Ali, Egypt. Scale 1:8.
Monumen Taj Mahal, India. Scale 1:10
Monumen Masjid Badshahi, Lahore Pakistan. Scale 1:8

Monumen Masjid Great of Samarra, Iraq. Scale 1:5:7

Ini lah beberapa monumen yang terdapat disana. Banyak lagi monumen lain seperti monumen masjid sultan Omar Ali Saifudin Brunei, Kudus Minar Indonesia, Masjidil Haram, masjid Suleyman Turki dan lain-lain.

Tempat ni luas, kalau letih boleh naik tram, basikal atau buggy. Tapi kena bayar lah. Ok... itu sahaja untuk kali ini. Selamat bercuti-cuti Malaysia.

Tuesday, September 9, 2008

UPSR...

Kami penduduk Pangsenam mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon di Malaysia amnya dan Kg. Pangsenam khususnya. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ingatlah, bahawa sesungguhnya banyak lagi peperiksaan besar yang anda akan hadapi untuk berjaya dalam hidup. UPSR hanyalah permulaan sahaja. Kepada cikgu-cikgu yang mengajar mereka, syabas diucapkan.

Buat nisan kabung...

Kalau dapat banyak air kabung dan tak habis meminumnya maka kita boleh buat nisan kabung dan juga gula kabung. Caranya ialah kita kena memasak air kabung tu. Nisan kabung selalunya memakan masa 1 jam hingga 2 jam bergantung pada kebesaran api. Gula kabung pula memakan masa lebih lama lagi.

Ni tempat Pak Teh Kassim membuat nisan kabung dan gula kabung...

Guna kayu api akan menambahkan lagi aroma kepada nisan kabung. Air kabung yang jernih ni akan bertukar menjadi gelap dan likat macam madu lebah. Nanti saya tunjukkan nisan kabung yang saya berjaya buat.

Monday, September 8, 2008

Mengambil Air Kabung...

Hari ni nak bercerita tentang air kabung. Kat Pangsenam ada seorang Pakcik ni yang masih lagi mengambil air kabung untuk di minum atau di buat nisan kabung. Air kabung ni di ambil dari pokok kabung. Nampak macam payah juga nak mengambilnya. Kena ada teknik juga.

Ni buluh yang digunakan untuk menadah air kabung tersebut.

Pak cik ni nama dia Kasim bin Ahmad. Orang panggil dia Pak Teh Kassim. Dah tua dah pak cik ni...

Mula-mula kena tengok dulu keadaan pokok kabung tu...

Telek dulu mayang kabung tu sebelum di dedeh sedikit hujungnya supaya air kabung keluar.

Lepas dedeh dan air kabung dah keluar, tadah melalui lubang buluh tadi.

Yang tinggi kena panjat lah sikit. Nampak tak belakang tu? Sungai Pahang tu... sebenarnya pokok kabung ni suka tumbuh kat tepi sungai.

Atas buluh tu hingga ke lubang kat buluh tu kena cover dengan plastik. Tak tau pulak kenapa. Mungkin tanak bagi semut masuk kot sebab air kabung ni manis rasanya.

Ini lah rupa air kabung. Kalau dibiarkan lama2, ia akan menjadi cuka. Air kabung ni boleh diminum terus. Boleh juga dimasak dahulu kemudian baru diminum. Kalau dimasak lama2, ia akan bertukar menjadi nisan kabung. Warnanya akan bertukar menjadi hitam, macam madu lebah. Selalunya nak menjadikan nisan kabung kena la masak sekurang2nya 2 jam. Saya dah try buat baru2 ni... mudah je. Nanti saya cerita macammana nak buat. Ok, itu sahaja untuk kali ini.

Thursday, September 4, 2008

Nama-nama hebat...

Masa mengelilingi Pasar Siti Khadijah kat Kelantan, terlihat satu kedai cermin mata kat seberang jalan. Rasanya dah lama kedai ni kat situ. McZue mesti pernah nampak... hehehe
Ni satu lagi nama kedai jumpa kat Kg. Losong Terengganu. Dari nama tu tau dah kedai ni jual kopok. Nanti kalau ke Kg. Losong nak beli kopok, singgah la ke kedai ni ye... hehehe kasi promosi sket kat kedai pok cik ni.

Wednesday, September 3, 2008

Masjid Kristal...

Masa bercuti ke Terengganu dan Kelantan dulu, sempat juga pergi ke Masjid Kristal. Masjid ni terletak di Taman Tamadun Islam. Saya pergi dua kali. Hari Jumaat pergi waktu malam. Kebetulan pula ada Musabaqah Al-Quran. Ramai betul orang malam tu. Pemandangan Masjid ni sungguh indah pada waktu malam. Lampu yang menyinarinya sering bertukar2 kaler.

Pergi kali kedua pula adalah waktu siang, hari ahad pagi sebelum bertolak balik ke Kuantan. Ni gambar pandangan dari depan masjid.

Ni Kubah dia. Bersinar2 disinari pancaran mentari...

Ni la pandangan di sekitar masjid. Tapi dengar cerita masjid ni tak buat sembahyang jumaat... rugilah, tak patut la camtu sebab masjid yang dibina bukanlah sekadar untuk lawatan sahaja.Inilah lampu yang tergantung ditengah2 masjid. Cantik sungguh. Lepas sembahyang 2 rakaat, terus ambik gambor ni. Tak tau lah niat masuk dalam masjid sebelum tu nak sembahyang ke nak ambik gambor... hehehe
Pemandangan dari masjid Kristal akan nampak Dewan tempat Musabaqah berlangsung. Dari jauh nampak macam terapung je. Mengasyikkan duduk sini. Angin sepoi2 bahasa, langit membiru, kadang2 terdengar bunyi bot2 nelayan, sungai mengalir lesu... Ok lah, marilah semua datang kesini dan sembahyanglah kat Mesjid ni

Tuesday, September 2, 2008

Perutusan Menyambut Ramadhan...

Assalamualaikum...
  1. Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog Pangsenam ini sama ada yang mengenali saya atau tidak.
  2. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada didalam tulisan saya ini menyinggung perasaan semua.
  3. Semoga dengan kehadiran bulan puasa ini dapat menaikkan martabat kita sebagai seorang hamba Allah. Kawal nafsu, kawal marah, kawal emosi dan bersabar banyak-banyak. Tingkatkan amalan kita di bulan mulia ini.
  4. Kepada blogger sekalian, diharap akan terus berblog.
  5. Sekian dari saya. Terima Kasih