Wednesday, July 10, 2013

Puasa 1st day...

Setiap amalan anak Adam itu adalah (pahala) baginya, kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya.

Hadis Riwayat Bukhari

Tuesday, July 9, 2013

Selamat berpuasa 2013...

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga amalan pada ramadan kali ini lagi baik dari sebelumnya.

Wednesday, July 3, 2013

Tarikh Melihat Anak Bulan...

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

•Pontian Kecil, Johor;

•Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

•Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

•Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

•Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

•Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

•Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

•Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

•Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

•Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

•Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

•Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

•Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

•Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

•Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

•Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

•Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

•Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

•Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

•Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

•Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

•Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

•Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

•Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

•Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

•Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

•Menara Kuala Lumpur;

•Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

•Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

- Bernama

Wednesday, June 12, 2013

Kembali menyarung loreng...

 Semalam saya kembali menyarung loreng. Sebenarnya semalam ada majlis pemakain pangkat di Hutan Simpan Bukit Galing oleh Lt. kol datuk seri tengku Kamarulzaman. Oleh sebab ada masalah yg tidak dapat dielakkan, maka majlis tersebut ditunda.
Namun begitu, saya tetap berada dilokasi untuk melihat majlis penamat kursus asas perajurit muda polisas.

Friday, June 7, 2013

Beli Kuih di Terengganu...

 Atas ni kuih bahulu. Beli kat area dungun masa on the way balik Kuantan. Cantik cara dia masak.
Ni pulok kuih bakor.  Memang banyok jenis kuih yang dijual di gerai tepi jalan ni. Lepas je bandor dungun, ready la nok berenti beloh kiri dekat selekoh. Dari jauh nampok berasap je hasil pembakaran sabut.

Sape rasa nok beli kuih citarasa ganu, boleh singgoh sini. Pelbagai jenis kuih boleh dipilih.

Thursday, June 6, 2013

Bercuti di Terengganu...

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Terengganu. Mula2 bertolak ke Kemaman pada hari Jumaat dan tido di rumah rehat bank Rakyat. Malam tu BBQ ikan dan ayam.

Kemudian, pagi sabtu bertolak pula ke Kuala Terengganu dan tido di Homestay di Batu Buruk selama 2 malam. Gambar diatas semasa kami nak bertolak ke Kuala terengganu. lokasinya didepan rumah rehat Bank Rakyat.

Friday, May 10, 2013

Saya telah mengundi...

Calitan dakwat dijari saya membuktikan saya telah mengundi.

Sekitar pilihanraya ke 13 Kg. Pangsenam...

 Jalan ke tempat mengundi
 Bendera PAS dan BN
 Calon BN
 Calon PAS
Calon BN Dato' Saifuddin datang melawat

Thursday, May 2, 2013

Main golf di Maran Hill Golf Resort...

Pada 1 Mei 2013, bekas2 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, generasai kelima, telah mengadakan reunion di Maran Hiil golf resort. Ada beberapa bekas pelajar telah mengambil peluang untuk bermain golf silaturahim.

Kelihatan dalam gambar dari kiri: Khasri, saiful Helmi, Dato' Shafri (Exco Pahang), Lan Ghazali, Shidin, Norazizi, Adri dan saya.
Saya, redi untuk tee off

Tuesday, April 23, 2013

Tomyam Ketam...

Makan di Tanjung Lumpur selalunya saya order ikan bakor je. Tetapi sesekali tu, ada juga order tomyam ketam. Best juga... Ambik sekor je ketam suh buat tomyam.