Wednesday, June 12, 2013

Kembali menyarung loreng...

 Semalam saya kembali menyarung loreng. Sebenarnya semalam ada majlis pemakain pangkat di Hutan Simpan Bukit Galing oleh Lt. kol datuk seri tengku Kamarulzaman. Oleh sebab ada masalah yg tidak dapat dielakkan, maka majlis tersebut ditunda.
Namun begitu, saya tetap berada dilokasi untuk melihat majlis penamat kursus asas perajurit muda polisas.

Friday, June 7, 2013

Beli Kuih di Terengganu...

 Atas ni kuih bahulu. Beli kat area dungun masa on the way balik Kuantan. Cantik cara dia masak.
Ni pulok kuih bakor.  Memang banyok jenis kuih yang dijual di gerai tepi jalan ni. Lepas je bandor dungun, ready la nok berenti beloh kiri dekat selekoh. Dari jauh nampok berasap je hasil pembakaran sabut.

Sape rasa nok beli kuih citarasa ganu, boleh singgoh sini. Pelbagai jenis kuih boleh dipilih.

Thursday, June 6, 2013

Bercuti di Terengganu...

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Terengganu. Mula2 bertolak ke Kemaman pada hari Jumaat dan tido di rumah rehat bank Rakyat. Malam tu BBQ ikan dan ayam.

Kemudian, pagi sabtu bertolak pula ke Kuala Terengganu dan tido di Homestay di Batu Buruk selama 2 malam. Gambar diatas semasa kami nak bertolak ke Kuala terengganu. lokasinya didepan rumah rehat Bank Rakyat.

Friday, May 10, 2013

Saya telah mengundi...

Calitan dakwat dijari saya membuktikan saya telah mengundi.

Sekitar pilihanraya ke 13 Kg. Pangsenam...

 Jalan ke tempat mengundi
 Bendera PAS dan BN
 Calon BN
 Calon PAS
Calon BN Dato' Saifuddin datang melawat

Thursday, May 2, 2013

Main golf di Maran Hill Golf Resort...

Pada 1 Mei 2013, bekas2 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, generasai kelima, telah mengadakan reunion di Maran Hiil golf resort. Ada beberapa bekas pelajar telah mengambil peluang untuk bermain golf silaturahim.

Kelihatan dalam gambar dari kiri: Khasri, saiful Helmi, Dato' Shafri (Exco Pahang), Lan Ghazali, Shidin, Norazizi, Adri dan saya.
Saya, redi untuk tee off

Tuesday, April 23, 2013

Tomyam Ketam...

Makan di Tanjung Lumpur selalunya saya order ikan bakor je. Tetapi sesekali tu, ada juga order tomyam ketam. Best juga... Ambik sekor je ketam suh buat tomyam.

Tuesday, April 16, 2013

Senarai Calon BN Pahang PRU13...

Selamat Mengundi kepada semua.

BERIKUT calon Barisan Nasional negeri Pahang yang diumumkan bagi Pilihanraya Umum 2013. Nanti kita tunggu senarai penuh calon Pakatan Rakyat pulok.



P78 Cameron Highland G.Palnivel
N.1 Tanah Rata Ho Yip Kap
N.2 Jelai. Wan Rosdy

P.79 Lipis. M Shahrom Osman
N.3 Padang Tengku. A Rahman Mohamad
N.4 Ceka. Fong Kong Fue
N.5 Benta. Soffi Razak

P.80 Raub Ho Kai Man
N.6 Batu Talam Aziz Kiram
N.7 Tras. Lim Li Hiang
N.8 Dong. Khairuddin Moin.

P.81 Jerantut. Ahnad Nazlan Idris
N.9 Tahan. Wan Amizan
N.10 Damak. Lau Lee
N.11 Pulau Tawar Bin Ismail

P.82 Indera Mahkota. Adanan Mamat
N.12 Beserah. Hasni Lisut
N.13 Semambu. Pang Su Ming

P.83 Kuantan. Suffian Awang
N.14 Teruntum. Chang Hong Chong
N.15 Tanjung Lumpur. Tg zulkifli Tg Ahmad.
N.16 Inderapura. Shafik Fauzan.

P.84 Paya Besar. Abd Manan Ismail
N.17 Sg. Lembing. Suhaimi
N.18 Lepar. Suhaimi Jusoh.
N.19 Panching. Zaili Besar

P.85 Pekan. Najib Razak
N.20 Pulau Manis. Khairudin Mahmud
N.21 Peramu Jaya. Sh Ahmad Fauzi
N.22 Bebar. Ibrahim Ismail.
N.23 Chini. Abu Bakar Harun

P.86 Maran. Ismail Talib.
N.24 Luit. Norhidayah Suhaimi.
N.25 Kuala Sentul. Shahaniza.
N.26 Cenur. Ariffin Awg Ismail

P.87 Kuala Krau. Ismail Said.
N.27 Jenderak. Mohamad Jaafar.
N.28 Kerdau. Syed Ibrahim
N.29 Jengka. Wan Salman

P.88 Temerloh. Safudin Abdullah.
N.30 Mentakab. Chuah Boon Seng
N.31 Lanchang. Sharkar
N.32 Kuala Semantan. Mohd Anuar Mohd Yunos.

P.89 Bentong. Liow Tong Lai.
N.33 Bilut. Yong Kim Soon.
N.34 Ketari. Wong Su Yap.
N.35 Sabai. R.Gunasakaran.
N.36 Pelangai. Adnan Yaakob.

P.90 Bera. Ismail Sabri Yaakob
N.37 Guai. Norol Azali
N.37 Triang. Tan Tin Loon
N.39 Kemayan. Fadil Osman.

P.91 Rompin. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis
N.40 Bukit Ibam. Wan Jasmi Wan Mahusin
N.41 Muadzam Shah. Maznah Mazlan
N.42 Tioman. Johar

Monday, April 1, 2013

Dah masuk bulan april...

 Dah masuk bulan april 2013. Agak lama takde posting. Di kesempatan ada sedikit masa lapang ni saya nak updated sedikit 2 perkara yang berlaku disekeliling saya.
 
Gambar diatas menunjukkan dapur rumah kawan saya yg sedang direnovate. Nampak pada gaya buatannya mesti dari tukang yang sama buat rumah saya iaitu pokcik mezoh. Ni rumah Puzah. Nampak macam nak siap dah.
Ni juga kawan saya. Turut ada perubahan pada dia. Dia bertambah slim berbanding 3 bulan lepas. Nampaknya usaha dia nak mengecilkan badan nampak berjaya. Tekniknya pun nampaknya berhasil. Lepas ni dia boleh beli seluar size 36 dan baju size L.

Sunday, March 31, 2013

Komando rest...

Kalau nak tau, ni namanya komando rest. Salah satu teknik latihan/denda dalam askar. Nok lagi best, buat atas tar.