Tuesday, April 10, 2012

Dang Dang Kung...

Nama kucing ni Dang Dang Kung. Kucing ni kucing kutip. Bela sampai beranak-pinak di kampung. Perangainya baik dan senyap je penuh sabar.

Dang Dang Kung dah mati ujung tahun lepas. Ni antara gambar terakhir Dang Dang Kung...

Monday, April 9, 2012

Lawat student praktikal...

19/3/2012 - 23/3/2012 saya kene melawat pelajar praktikal area pantai timur. Hari pertama pergi ke Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh. Ada seorang student berpraktikal disana.

Hari kedua terus ke Kemaman. Ada sorang praktikal kat Zainon Shipping. Sempatla pagi tu sarapan kat Kemamang.
Lepas selesai tugas di Kemaman, saya terus ke UMT untuk melawat sorang lagi pelajar disitu.
Hari berikutnya, terus ke Tumpat pula. Ada sorang berpraktikal di Pejabat Tanah dan Jajahan.
Student ni paling dekat. Dia praktikal kat Koperasi Dara Muadzam. 2 minit je dari ofis...

Sunday, April 8, 2012

Makan Pagi kat Sumai Suite Hotel...

Masa lawat budak praktikal bulan lepas, saya sempat menginap di Sumai Suite Hotel. Tak ramai orang menginap di hotel ni pada masa tu. Maklumlah cuti sekolah baru tamat dan masa duk check in tu hari kerja.
Oleh sebab tak ramai orang, sarapan dia tak buat buffet. Dia ambik order je. Ni antara menu sarapan yang dia hantar. Best juga...

Saturday, April 7, 2012

Kopok lekor...

Kopok lekor beli kat Kemaman. Kalau ikut lidah saya, kopok lekor kemaman ni lagi sedap dari kopok losong.

Friday, April 6, 2012

Fuel Gauge rosak...

Hari Selasa (27/3/2012) masa OTW nak take lunch tiba2 kete takde power. Terus saya menujukan kete ke tepi jalan. Terus tepon Zoul mintak bantuan. Zoul n Kiman sampai, mereka bantu tolak kete ketepi sikit.

Tow truck datang dari Kuantan untuk tarik bawak ke Toyota. Sejam lebih juga la kete ni tersadai tepi jalan.
Masa nak tarik, tiba2 hujan turun dengan lebat. Abis basah kuyup den..., tu driver tow truck tu sedang memasang alat penarik kete.
Otw ke Kuantan
Sampai kat bengkel Toyota di Semambu. Kos barang dalam lingkungan RM270..., tarik free..

Thursday, April 5, 2012

Karnival Buku Pahang 2012...

Bulan Mac lepas ada Karnival Buku Pahang kat Zenith Hotel. Seminggu juga ia berlangsung. Kepada mereka yang tak sempat nak ke Pesta Buku Antarabangsa kat KL nanti, bolehlah lepaskan geram kat sini.
Banyak buku yang dijual...
Antara buku dan majalah yang saya beli pada kunjungan pertama..., ni pun tahan2 juga nafsu sebab pikir nak pergi ke pesta buku antarabangsa pulok kat kl.

Wednesday, March 21, 2012

Jemputan Menembak...

Pada 17 Mac 2012, sekali lagi saya mewakili team Uniten untuk menyertai pertandingan menembak di Rejimen Renjer Diraja Mentakab. Kali ni dapat no 2. Disiplinnya ialah tembak piring guna M16.

Tuesday, March 20, 2012

Pizza sentik lidah...


Kucing ni namanya Pizza. Dia suka sentik lidah juga. Manja dan selalu kroo atas saya...

Monday, March 19, 2012

Dah 130K...

Odometer dah menunjukkan 130013. Maklumlah, hari2 berulang. Usia kete ni akan masuk 2 tahun bulan 4 ni...

Sunday, March 18, 2012

Tin Sudi...

Ni tin air minuman Sudi milik kakak saya. Air ni keluaran Penghibur no 1 asia iaitu Arwah Datuk Sudirman Haji Arsyad (Orang Temerloh).