Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Shahputra...

Koi nak ucapkan tahniah pada kolej shahputra sebab dapat pelawaan untuk menjadi Kolej Universiti Shahputra. Koi rasa amat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dari kolej shahputra.

Teringat 10 tahun dahulu bila koi mula kije di sini. Waktu tu koi melapor diri di kolej shahputra di Pekan. Tak sangka, sekarang shahputra telah berkembang dengan pesat sekali. Mula2 dulu gaji koi disana hanya RM1000 lebih je sebulan.

Hampir 9 tahun juga koi mengajar di shahputra ni.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang shahputra, boleh lawat ke website dia. Takpun, kalau ada masa ujung minggu ni, boleh la gi karnival pendidikan shahputra di ECM kuantan.

Rasa dihati nok juga kesana tapi tak dapat sebab koi ada program kat langkawi.

Apa pun, syabas di ucapkan kepada warga Shahputra dan selamat maju jaya.

Monday, February 7, 2011

Cameron Highlands: Pergi lagi...

Pergi lagi ke Cameron Highlands. Kali ni dengan rakan sekerja.

Bersama En. jankaulu di Cameron Valley, Bharat Plantation. Dia kali pertama ke Cameron Highlands sepanjang hidupnya di bumi Malaysia.


Thursday, January 20, 2011

Menembak...

Ni menembak M16semasa Pertandingan Menembak Jemputan Askar Wataniah. Pakai track sut je. Kalau masih aktive, boleh lah pakai loreng. Wakil UNITEN.

Friday, January 14, 2011

Cameron highlands: Mengeteh...

Kalau gi Cameron Highland, tak sah kalau tak mengeteh. Ada 2 ladang kat sini iaitu kepunyaan Bharat Plantation dan Boh. Dua ladang ni kita boleh mengeteh sambil menghirup udara yang nyaman dan sejuk.

mula2 sampai dah pekene setekoh teh (perisa Masala Chai)

boleh membeli pelbagai perisa teh

Ni ladang Bharat antara Ringlet dan Tanah Rata. Tepi jalan je.


Ni ladang Boh kat gunung Berinchang. Laluan ke sini sempit sikit. Kene hati2 kalau memandu ke sini.

Kat sini pun boleh mengeteh dan membeli belah teh. Boleh juga melawat kilang memproses teh dan bersiar2 di ladang teh.

Thursday, January 13, 2011

Cemeron Highland: Agro Technology Park Mardi...

Masa gi Cameron Highland baru2 ni, sempat singgah di Agro Technology Park milik Mardi. Bayaran masuk kesini ialah RM3 seorang. Nak info lebih lanjut tentang taman ni, boleh klik kat link atas tu. Lokasinya mudoh je, menghala ke Hospital kat Tanah Rata.

Tak sempat lawat menyeluruh kawasan ni kerana kami kesuntukan masa. Hanya kawasan tanaman sahaja dilawati.


sayur dibuat hiasan

ha... bunga

tomato atas lantai je

anggur baru lepas berbuah

pelabagai sayur yang ditanam dengan pelbagai teknik

apple pun baru lepas berbuah

blueberry

tomato yg sedang masak ranum

The English Cottage. Tetamu boleh menginap kat sini.


Pusat jualan. Kat sini boleh beli sayur, teh dan souvinir untuk dibawa balik. Pokok bunga, cactus, strawberi, benih dan baja boleh beli kat kawasan tanaman. Buah strawberinya besar dan merah2. So, saya cadangkan, kalo ke cameron highland n nak beli buah strawberi, baik gi kat Mardi ni.
dan kalo jumpa cangkul kat sini, boleh guna untuk ambik gambo buat aksi menyangkul...

Cameron Highlands: 18 darjah Celsius...

Gambo ni dirakam di Mardi Cameron Highlands (Agro technology Park). Kat Cameron suhu 18 darjah Celsius pun dah tak tahan... camne la org yg duk luar negara yang suhunya negative.

Thursday, January 6, 2011

Sekolah pondok Al Diniah...

Kat Pangsenam ada satu sekolah pondok namanya Sekolah Pondok Al Diniah. Lokasinya adalah di jalan menghala ke padang kerbau.

Musim Hujan...

Sekarang musim hujan kat sini. Kadang2 lebat, kadang2 renyai.

Wiper mode paling laju pun masih berupaya untuk mengclearkan air ujan di cermin. Kadang2 balik kije kul 5 petang pun suasana macam gorib. Kete kene pasang lampu.


Pancit lagi...

Semalam tayar kete koi pancit lagi. Baru je kuar gate dari Uniten. Dekat simpang ke bandar Muadzam tiba2 koi dengar bunyi kuat kat belakang, tang! tang! tang! tang! tang! (sebut tang! tu dengan laju... gitulah bunyinya)

Koi berenti tepi jalan. Tengok kat tayar rupanya pancit!

Ni mende yang tertusuk tayor belakang. Koi tak tau apa dia... rasanya L enkie (dengor org sebut)

Tanggal tayor pancit tu dulu

nasib baik dekat dengan pasar borong Muadzam... dapat berteduh sambil buat kerja

Dah pasang tayar baru... jam dah dekat kul 6 petang

sumbat tayar pancit ke dalam bonet... sok nak tampal

En. Zul dan adik dia ada datang

sapelah yang 'buang' benda tu atas jalan...

Tuesday, January 4, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011...

Tahun baru datang lagi... Maknanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan turut berada dalam senarai pesta untuk dilawati, instaAllah. Tarikh: 22 April - 1 Mei 2011

Masa: 10 pagi - 10 malam

Tempat: PWTC, KL (Tempat biasa)

So, apa lagi? Moh simpan duit bonus tu dan moh kesana. Tarikh dah ada tu. Boleh buat perancangan cuti.