Thursday, October 14, 2010

UNITEN dari Udara...


Atas ni gambor UNITEN Muadzam dari udara. Guna Map google. Saje try. Klik kat gambar untuk besarkan.

Wednesday, October 6, 2010

Syabas Mydin...

atas ni email yang dibalas oleh pihak Mydin


Semalam koi ontheway balik kije tiba2 dapat call. Ropa2nya Pengurus Mydin Kuantan call. Tujuan dia call adalah untuk mintak maaf atas apa yang telah berlaku. Peramah dan baik orangnya.

Beliau telah berkata yang perkara itu tidak harus berlaku dan berjanji ia tidak akan berlaku lagi. Beliau menerangkan bahawa kaunter free gift juga dalam proses pengubahsuaian.

Syabas Mydin kerana respond terhadap aduan pengguna.

Aduan kat Mydin...

Sambung kisah kat Mydin sabtu lepas. Koi masih rasa tak puas hati sebab tak dapat wat aduan ke pihak Mydin. Koi pun balik tu terus bukak internet dan bukak laman web Mydin. Masalah ni kene bagitau ke pihak Mydin supaya mereka dapat ambik tindakan susulan pada masa depan sebab sikap orang Malaysia ni memang nok cepat belaka.

Ni la butir2 email yang koi anto ke Mydin:

Walaupun hanya 11 item...

Sabtu minggu lepas koi gi Mydin Kuantan. Hajatnya nok beli sabun dan ubat gigi. Koi gi hari malam. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ramai jugek. Koi beli la sabun mandi 2 botol, sabun mandi refill 1 paket dan ubat gigi 2 kotak. Semuanya 5 item.

Bila masa nok bayor, koi buat keputusan nok membayor kat kaunter ekspress sebab item belian koi kurang dari 10 item.

Tapi yang membuatkan koi kecewa ialah ada 'mamat tak sekoloh' kat depan koi nok buat bayaran kat kaunter tu jugek sedangkan item belian dia lebih dari 10 item. Dari pemerhatian koi adalah dalam 13 - 14 item. Sepatutnya dia pergilah ke kaunter biasa. Tak pasal2 je kaunter ekspress jadi kaunter lambat!

Nok dijadikan cerita lagi, ada pulok dua 'minah rempit' tiba2 memotong barisan menuju ke cashier kaunter ekspress tu sambil menghulurkan resitnya untuk mendapatkan 'free gift murahan'. Adoiii... simple punya rules pun tokleh nok ikut.

Di pendekkan cerita, koi berjaya jugek membuat bayaran di 'kaunter lambat' tersebut. Niat koi pasni nok buat aduan n letokkan dalam peti aduan yang ada kat pintu keluar. Tapi bila tengok kat situ, petinya ada tapi pen ngan kertasnya takde. Adoii...

Moralnya kat sini, kalau barang awok memang dah sememangnya lebih dari 10 item, pergilah ke kaunter biasa walaupun hanya 11 item. Pastu pulok, pandai2 la beratur. Kan dari kecik lagi kita dah disuruh beratur untuk naik bas, beli kopok kat kantin dll.

Wednesday, September 22, 2010

DSLR...

Setelah sekian lama bergelumang dengan kamera digital dan kamera handphone maka baru2 ni dapat sebijik DSLR (Digital Single-Lens Reflexs).

Raya tahun ni sibuk la menyenap macam2 gambar dan try pelbagai posisi. Still belajar function2 yang baru.


MyFamily Pangsenam...

Selamat Hari Raya

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Aidilfitri kepada semua. Maaf atas segala kesalahan dan halalkan makan minum.

Monday, August 30, 2010

Dokong dan langsat...

Dokong dan langsat lebat sangat berbuah. Menjadi ngat kali ni.

Sedang memanjat langsat

Antara pokok langsat yang berbuah. Pokok langsat selalunya agak tinggi menjulang. Kena panjat jika nak ambik buahnya.

Wan, mak2 sedara dan sepupu sepapat datang ambik buah.

Ni dokong. Pokoknya rendah je. Buahnya boleh dicapai dengan tangan.

Friday, August 20, 2010

Majlis Konvokesyen Uniten...

Awal bulan ni ada mjlis konvokesyen Uniten kali ke 13 kat Uniten Bangi. Kali ni koi kene pegi wakil COBA untuk perarakan akademik.

Jubah untuk kakitangan akademik kaler itam n kosong takde jalur2. Mortar board sama je. Ni bergambo dah selesai kedua2 sesi, sblm pulangkan semula jubah.


Monday, August 16, 2010

Ralit...

Ingat tak power rangers bertopeng yang koi citer dalam posting dulu? Ha! ni lah power rangersnya. Secara esklusif, identitinya didedahkan.

Sedang ralit tengok Spongebob Squarepant sambil makan Mamee perisa ayam.