Tuesday, October 29, 2013

Komik karya Rasyid Asmawi...

Kali ini kita lihat pula dalam simpanan saya komik yang dihasilkan oleh kartunis Rasyid Asmawi. Beliau merupakan salah seorang kartunis majalah Gila-Gila. Ini mungkin merupakan antara karya awal beliau dalam bentuk komik.

Komik ini diterbitkan oleh penerbitan Mediaseni. Harganya ialah 70sen.

Komik tema combat. Tajuk Operasi Di Port Weld. Watak Utama ialah Spy Kulub.

Ni pulok komik tajuk Pil Kuat. Watak utama ialah Professor Leman
Ada 2 je dalam simpanan saya komik lama karya Rasyid Asmawi ni. Teringat masa kecik2 baca komik ni...

Komik Indiana Jong karya Pot Jr...

Komik lama ini juga berada dalam simpanan saya. Tajuknya ialah Indiana Jong 1 dan Indiana Jong 2. Ceritanya ala2 cerita wayang Indiana Jones... kisah pengembaraan.

Komik ini merupakan karya kartunis Pot Jr dan diterbitkan oleh Penerbitan Mediaseni. Harganya pada masa tu 70 sen.

Indiana Jong 1

Indiana Jong 2, sambungan Indiana Jong 1 dalam episod mati katak.

Sekarang saya dalam proses menyimpan komik2 ini dengan cara yang selamat. Kertas2nya sudah agak berusia. Bagi mereka yang zaman kanak2nya sama dengan saya mungkin pernah membaca komik2 ini.


Monday, October 28, 2013

Koleksi Wak Dojer...

Saya ada beberapa komik lama Wak Dojer dalam simpanan saya. Dulu harganya 70 sen sahaja. Ia amat popular sekitar tahun 80an. Komik ini merupakan karya Hussain Sa'ad. Diterbit oleh Media Seni.
Wak Dojer dengan tajuk Untung Sabut Timbul

Hilang gelap timbul terang

Kalau Bulan menjadi dua

Ini sahaja yang tinggal dalam simpanan saya. Ia pun sudah hampir reput dimamah usia.


Friday, October 18, 2013

Mengundi dulu2 di Pangsenam...

Ni jalan masuk ke Kg. Padang Kerbau.

Thursday, October 17, 2013

Tukar kepada VW Polo Sedan...

Bulan lepas ambil kereta baru. Try pakai kereta eropah pulok. Dah sebulan lebih pakai. Milage doh hampir 10000km. 

Kat tempat delivery bay masa nok ambik kete.

Siap ada notis pulok

Thursday, October 10, 2013

Dapat cabutan bertuah di dinner IEBMC 2013...

Masa dinner IEBMC diadakan cabutan bertuah. Ada 37 barang untuk dimenangi termasuklah tv sony 32 inci, samsung tablet, handphone, alat elektrik dan sebagainya. Saya hanya dapat hamper, alhamdulillah...
Ambik hadiah

kawan2 lain pun dapat


Monday, October 7, 2013

IEBMC 2013...

 Barisan x shahputra yg berkhidmat di uniten
Fahmi sedang present paper



Tuesday, September 24, 2013

Majlis pemakaian pangkat...

Sebelum pemakaian pangkat. 
 Angkat sumpah selepas pemakaian pangkat oleh Tengku Mahkota Pahang
Selepas pemakaian pangkat

Wednesday, September 18, 2013

Pokok tumbang...

 Semalam on tne way balik dari Muadzam tiba2 nampak pokok tumbang merentangi jalan. Nasib baik sempat brek. Gambar atas tu beberapa saat lepas tumbang. Sorang drebar lori belakang saya tengah cek keadaan pokok.
 Pengguna jalan raya sedang berbincang macammana nak buat dengan pokok ni. Nasib baik ada lori balak dari arah Kuantan. Lori tu la yang menarik pokok ni. Sejam juga la sangkut kat sini.