Kalau nak tau, ni namanya komando rest. Salah satu teknik latihan/denda dalam askar. Nok lagi best, buat atas tar.
Sunday, March 31, 2013
Selamat Pengantin Baru McZue...
Minggu lepas saya sempat ke Wakaf Baru Kelantan untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan McZue. Majlisnya pada 23hb Mac 2013.
Pagi2 lagi saya dah bertolok dari Kuantan. Sampai kat rumoh pengantin jam 2.30 petang. Pastu tidur kat Seri Seroja Inn, Wakaf Che Yeh. Pagi ahad tu terus bertolok balik ke Kuantan.
Selamat Pengantin Baru buat McZue. Semoga bahagia.
Saya kembali...
Hari ni saya berada di Hotel Armada PJ. Dekat federal highway. Esok, team kami akan buat presentation kat TNB PJ ni hasil kajian selama sebulan. Sibuk juga la sebulan nan lalu.
Hotel ni best juga. Dekat dengan AMcorp Mall. Boleh menyoping sambil2 tu.
Ni rupa biliknya. Saya punya ada 1 katil king je. Gambo ni ambik dalam internet. Malas nak upload gambo dalam kamera. Merasa la duk bilik ni sebab guna corporate rate... muroh la siket.
Thursday, February 7, 2013
Teh tarik dan pai strawberi...
Menu ni makan dekat Boh Sungei Palas. Teh tariknya sedap. Begitu juga dengan painya. Kene makan cepat2 sebab kalau makan lambat, air dan pai ni cepat sejuk.
Tuesday, February 5, 2013
Ke Cameron Highland awal 2013...
Walaupun dah beberapa kali ke sini, inilah kali pertama saya bergambar sorang di 'wall' ni. Bukan buat apa pun naik atas bukit ni. Cuma nak minum teh sambil berehat2 je.
Monday, January 28, 2013
Pelajar present...
Dua orang pelajar ni saya suruh present dalam bilik je. Pelajar ni ambil subject Islamic Entrepreneurship dengan saya. Tengok beg tangan pelajar atas meja saya. Mahal tu...
Ni pulak pelajar present Marketing Plan untuk subjek Applied Marketing. Saya jadi ahli panel je. Tergagap2 budak ni jawab bila 'diserang' dek Zoul.
Ni pun sama, tak terlepas dek 'serangan' Zoul (buku Marketing bergerak COBA) hehehe...
Sunday, January 27, 2013
Scone...
Ni rupanya scone. Macam roti je. Harganya RM3 beli kat Cameron Highland. Sedap juga rasanya. Kita makan dengan jem.
Saturday, January 26, 2013
Bersama Poyeng...
Ni pemain defend pasukan pahang. Dia pakai jersey no 3. Nama yang tercatat di belakang jersey dia ialah Poyeng.
Saya sempat bergambar dengan dia selepas game Pahang menewaskan Trengganu dengan 3 - 0.
Friday, January 25, 2013
Pahang 1995...
Ni pasukan Pahang pada tahun 1995. Kelihatan Zainal Abidin Hassan, Alan Davidson, Azizul Kamaluddin, Dollah Salleh, Ahmad Yusoff, Azaruddin Aziz, Zulhamizan Zakaria, Muadzar Muhammad.
Monday, January 21, 2013
Pelangi tahun baru...
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Agak lama menyepi kerana agak sibuk menguruskan beberapa perkara.
Subscribe to:
Posts (Atom)









