Thursday, September 20, 2012

Uniform loreng...

Dah dapat uniform loreng dari kem. Dapat la 1 set iaitu baju loreng, seluor loreng, tshirt loreng dan spike boot. Harap2 pas recomm semula, boleh la sarung kembali pakaian ni.

Tuesday, September 18, 2012

Kucing Mardi...

Kucing ni ada kat Mardi. Sampai atas peha dia naik mintak makanan sambil kroo... Hidung dia basah lejut

Wednesday, September 12, 2012

Masalah kegemukan...

Memang masyarakat kita suka makan tak kira tempat. Sehari mungkin sampai 8 kali makan. Makan pagi, makan pukul 10, makan tengahari, makan petang, makan malam n makan tengahmalam. Itu makan waktu biasa. Belum lagi makan makanan sampingan. Makan karipap sambil memandu, makan kerepek sambil berinternet, makan kuaci sambil tengok tv, makan roti sambil marking paper, makan keropok sambil berborak, makan cekelat sambil miting, makan nasik lemak zaman selepas miting, makan dirumah terbuka sana sini dll.

Bila makan banyak, kita perlukan exercise untuk membakar kembali lemak2 tepu yang terkumpul. Kalau tak, maka kita akan termasuk dalam kategori gemuk dan paling bahaya ialah gemuk gedempol.

Mungkin masyarakat Malaysia ni mewah kot. Tak macam orang dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Monday, September 10, 2012

Tongkat Ali...

 Ada 4 batang pokok tongkat ali ditanam dalam kebun. Dah besar dan tinggi dah pokoknya. Ada yang dah berbunga (tak sangka ada bunga juga pokok tongkat ali ni ya). Nanti nak semai benihnya lagi.
Dibawah naungan tongkat ali. Batangnya dah sebesar lengan.

Friday, September 7, 2012

Pokok di dusun berbunga lagi 2012...

 Pokok2 buah kat kebun berbunga lagi tahun ni dengan lebat. Kalau ada rezeki, merasa la buah2han lagi. Boleh makan sampai cika. Tetapi selalunya berebut dengan kera dan tupai. Gambor diatas ni kelihatan batang pokok durian dibalut dengan zink. Ini bertujuan untuk mengelak tupai dari memanjat ikut batang. Dahan2 pokok sekeliling pun kene tutuh juga sebab takut jadi jalan tupai2 ni.
 Bunga derian yang belum kembang.
 Bunga yang dah kembang, tinggal tali pusat je
 Bunga manggis
Bunga mutan

Aurat...

Friday, August 31, 2012

Obesiti...


Tinggi saya = 1.67 m
Berat saya = 64kg

BMI = 64/ (1.67 x 1.67)
        = 64/ 2.7889
        = 22.95 ------> Normal weight


Wednesday, August 29, 2012

Tengok Bolo...

Bersama Dollah Salleh. 

Dah lama tak ke stadium darulmakmur untuk tengok bolo. Tiba2 member kat UUM dulu ada call ajok gi tengok bolo Pahang lawan Sarawak. Apa lagi, setuju je lah.
Berbaloi!!! Keputusan akhirnya ialah Pahang 6 - 0 Sarawak. Harap2 tahun ni Pahang menang Piala Malaysia. Boleh lah berarok ke Bukit Jalil. Lama dah tak merasa situasi nih...

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan nan lalu diterima olehNya.

Tuesday, August 14, 2012